Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini memperkenalkan jersi ‘home’ dan ‘away’ yang bakal dipakai oleh barisan pemain bagi mengharungi saingan Liga Malaysia pada musim 2020.

Majlis pelancaran jersi tersebut berlangsung di Football Republic Alor Setar dan dirasmikan oleh Pengurus Besar Prestige Sports Sdn Bhd – Pengedar Rasmi Jenama Lotto di Malaysia, Norita Md Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sdn Bhd, Vach Pillutla.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Asmirul Anuar Aris, Setiausaha Kehormat KFA serta beberapa Ahli Eksekutif KFA.

84884527_3061763827189407_997427071263178752_o
FOTO: KFA

Para penyokong Kedah turut tidak melepaskan peluang untuk memberi jersi tersebut sambil beramah mesra dengan para pemain Kedah.

Sebelum ini, KFA telah melancarkan Kit Jersi Ketiga bagi menghadapi saingan Kelayakan AFC Champions League (ACL) 2020 pada Januari lepas. Kit jersi itu bercorak kotak dengan berwarna asas putih dibahagian dasar serta disulam dengan corak berwarna asas logo KFA iaitu hijau, kuning dan merah.

Kit jersi Home kali ini yang berwarna hijau memaparkan corak anak panah ke atas bermaksud keinginan Kedah untuk meneruskan dan meningkatkan lagi momentum yang diraih pada musim lalu ke tahap yang lebih tinggi pada musim 2020.

84667722_3061608610538262_1033482814906957824_o
FOTO: KFA

Manakala kit jersi Away serba merah itu pula diinspirasikan daripada corak sayap Helang Merah. Kedua-dua jersi ini berharga RM109 sehelai dan boleh didapati di cawangan Football Republic Alor Setar.

85044852_3061611877204602_5572982940033351680_o
FOTO: KFA

Bagaimanapun, corak jersi tersebut mengundang pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan peminat setia pasukan Kedah sehingga ada yang menyamakannya dengan corak buah tembikai.

Mereka berpendapat jersi kali ini tidak melambangkan identiti hijau kuning yang agak sinonim dengan skuad Kedah.

“Identiti kita makin hilang, tanpa kit hijau kuning (home) siapalah kedah,” komen seorang peminat bernama Faizul Hadri di laman facebook KFA.

“Warna kuning pada jersi hijau kurang menyengat. Tapi kalau pakai seluar kuning mungkin tak akan hilang simbolik hijau kuning. Apapun, kit jersi ketiga paling cantik,” tulis seorang peminat bernama Asri Azibib.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Kedah melalui pautan dibawah.

AFC MA Ranking: Kedah FA Mula Menyumbangkan Mata Untuk MA Ranking Malaysia

Persaingan Sengit Bagi Rebut Posisi Penjaga Gol Nombor Satu Pasukan Kedah

Kedah Tidak Layak Ke Peringkat Kumpulan AFC Champions League 2020