Hasrat pasukan Kedah untuk mara ke peringkat kumpulan buat kali pertama dalam saingan AFC Champions League (ACL) tidak kesampaian apabila mereka tewas kepada kelab K-League, FC Seoul dengan keputusan 4-1 di pusingan play-off.

Meskipun tewas, namun penjaga gol Kedah yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada Selasa lalu, Shahril Saa’ri mendapat pujian setelah menampilkan satu persembahan cemerlang dimana beliau berjaya menafikan kebanyakan peluang yang dimiliki pasukan lawan sekaligus memastikan Kedah tidak melepaskan lebih banyak gol.

Sejak menyertai Kedah daripada pasukan PDRM FA pada hujung tahun lalu, Shahril sentiasa menjadi pilihan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak untuk mengisi posisi penjaga gol nombor satu skuad Lang Merah.

Dengan prestasi semasa Shahril, maka persaingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama bagi mengisi posisi penjaga gol akan menjadi sengit dimana pemain berusia 30 tahun itu akan berdepan cabaran daripada bekas penjaga gol skuad B-23 tahun negara, Ifwat Akmal.

Persaingan
Sumber Gambar: MFL

Musim lalu, Ifwat hampir tidak dicabar dimana beliau sentiasa diturunkan dalam kesebelasan utama termasuk pada perlawanan akhir Piala FA menentang pasukan Perak dan perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim.

Persaingan antara Shahril dan Ifwat ini menjadi satu perkara yang positif untuk Kedah dimana mereka mempunyai dua penjaga gol yang sentiasa berada dalam prestasi terbaik serta bersedia untuk diturunkan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah di sini:

Kedah Tidak Layak Ke Peringkat Kumpulan AFC Champions League 2020

AFC MA Ranking: Kedah FA Mula Menyumbangkan Mata Untuk MA Ranking Malaysia

Hatrik Kipre Tchetche Bantu Kedah Singkirkan Tai Po FC