Skuad Tok Gajah hari ini melancarkan kit jersi rasmi mereka yang akan digunakan dalam saingan Liga Malaysia pada musim 2020.
Jersi Pahang keluaran Umbro kali ini lebih berbeza berbanding musim lepas apabila mereka menampilkan warna hijau turquoise pada kit jersi ‘AWAY’ berbanding warna hitam putih.
Malah, Pahang turut memperkenalkan kit jersi ketiga berwarna peach yang memaparkan corak kotak-kotak dan kelihatan lebih ringkas namun sangat menarik serta unik.
Bagaimanapun, warna kuning biru masih dikekalkan pada kit jersi ‘HOME’ sambil menampilkan kelainan pada bahagian kolar dan lilitan lengan dimana terdapat jaluran biru kuning yang lebih kemas. Warna ini mengekalkan identiti pasukan Pahang.
Pada pendapat penulis, jersi Pahang pada musim ini jauh lebih menawan berbanding musim lepas dan Umbro telah membuat keputusan yang betul dengan memilih warna yang berbeza untuk menarik minat penyokong.
Pemilihan warna preach juga sangat tepat kerana warna ini kebiasaannya menjadi pilihan utama si pemakai dalam kalangan kaum wanita.
Selain itu, Umbro turut mengetengahkan konsep retro pada kit jersi AWAY dan ketiga Pahang dimana corak-corak pada jersi tersebut mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Seperti yang kita tahu, Umbro merupakan jenama yang cukup berprestij dan mereka ialah jenama yang telah bertapak dalam dunia bola sepak selama lebih 90 tahun. Mereka adalah penaja rasmi jersi Pahang sejak musim 2019 dengan tajaan bernilai kira-kira RM1.6 juta iaitu RM800,000 bagi satu musim.
Difahamkan harga jersi ini ialah RM119.00 sehelai dan boleh didapati di beberapa cawangan Al-Ikhsan sekitar negeri Pahang dan juga butik Republic Football di Kuantan.
Ini adalah koleksi jersi yang wajib dimiliki oleh para peminat tok gajah !
Baca artikel lain untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan skuad tok gajah pada musim 2020.
Pemain Pertahanan Juara AFC Cup 2019, Khalil Khamis Sertai Pasukan Pahang FA Musim 2020
Kedah Dan Pahang Berentap Di Pusingan Kedua Shopee Piala FA 2020
Ashar Al Aafiz Dan R.Dinesh Calon Sesuai Isi Posisi “Right Back” Pasukan Pahang