Pasukan Pahang FA hampir pasti mendapatkan khidmat pemain import terbaru dibahagian pertahanan dari Lebanon, Khalil Khamis yang merupakan salah seorang pemain dalam skuad Al Ahed FC menjulang Piala AFC Cup 2019 baru-baru ini.
Al Ahed FC telah memuatnaik status mengenai perpindahan Khamis Khalil melalui laman sosial rasmi Instagram mereka semalam mengesahkan bahawa pemain itu akan berpindah ke pasukan Pahang untuk musim 2020.
“Khamis (beraksi secara) profesional dalam Liga Super Malaysia”
“Pertandingan antara Al-Ahed dan Palestin Al-Quds Hilal adalah perlawanan terakhir Khalil Khamis dengan Al-Ahed musim ini, kerana dia akan berangkat esok (Selasa) untuk pengalaman profesional pertamanya di Pahang FA, yang bermain dalam Liga Super Malaysia.”
📛 | No Entry allowed! @AlAhedFc qualify to the next round with the help of Khalil Khamis 💪! nothing can pass the defender with the #1 clearances in the #AFCCup2019! pic.twitter.com/UXLoyNlErj
— #AFCCup (@AFCCup) May 13, 2019
“Pengurusan kelab Al-Ahed mengucapkan selamat maju jaya pada Khalil Khamis dengan kelab barunya, dengan harapan bertemu lagi musim depan.”
Dijangka Khalil Khamis akan menggantikan Herald Goulon yang dikatakan mengalami kecederaan yang mungkin menjejaskan persiapan pasukan Pahang menghadapi musim 2020.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.