Segalanya tampak tidak menjadi buat pasukan Sri Pahang dalam saingan Liga Malaysia musim ini apabila mereka masih gagal mencatat sebarang kemenangan selepas mengharungi tiga perlawanan Liga Super.
Kekalahan 1-2 kepada Melaka United di Stadium Darul Makmur semalam mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong Tok Gajah walaupun mendahului 1-0 di separuh masa pertama hasil jaringan penalti oleh Mahmoud Zatara.
Gol awal tersebut sepatutnya menjadi pembakar semangat untuk pemain Sri Pahang terus menambah jaringan namun Melaka United berjaya menghukum kelekaan benteng pertahanan menerusi rembatan Emmanuel Otti pada minit 51 dan Hasbullah Abu Bakar pada minit ke 70.
70' GOL | Hasbullah Abu Bakar meletakkan Melaka United FC di depan!@OfficialPahang 1-2 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/AUn616AXTJ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 16, 2022
Kekalahan itu bermakna kedudukan ketua jurulatih Sri Pahang, Christopher Gamel berada dalam bahaya kerana berdepan risiko untuk ‘direhatkan’ ekoran prestasi hambar skuad Tok Gajah dalam beberapa perlawanan yang diharungi.
Ibarat mengulangi skrip tahun lepas, nama Dollah Salleh yang juga merupakan pengurus pasukan kembali disebut-sebut sebagai pengganti Gamel bagi menghadapi baki perlawanan yang seterusnya.
Walaupun ianya sekadar khabar angin, namun para peminat bola sepak tempatan sudah dapat meramalkan apakah yang akan terjadi pada pasukan Sri Pahang jika Gamel tidak lagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih.
Selepas Risto Vidakovic, seorang lagi jurulatih bakal direhatkan susulan prestasi hambar pasukan dan bekas jurulatih jadi calon utama untuk mengisi kekosongan itu nanti.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 16, 2022
Musim lepas, Thomas Dooley hanya sempat mengendalikan Sri Pahang dalam dua perlawanan Liga Super sebelum pengurusan mengambil keputusan untuk merehatkan jurulatih kelahiran Jerman itu sekaligus digantikan dengan Dollah Salleh.
Sepanjang berada dibawah bimbingan Dollah, Sri Pahang hampir tersingkir ke Liga Premier apabila menamatkan saingan Liga Super musim 2021 di tangga ke 10 dengan 18 mata hasil daripada empat kemenangan dan enam keputusan seri.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.
Risau Didenda, Bojan Hodak Tahan Diri Daripada Kritik Mutu Pengadilan
Masih Gagal Selesaikan Tunggakan Gaji, Perak Dipotong Enam Mata Lagi
Tiada Lagi Penundaan Perlawanan Jika Pemain Dan Jurulatih Disahkan Positif COVID-19