Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memutuskan untuk menghantar skuad B-19 tahun mereka bagi menghadapi saingan AFF B-23 yang bakal berlangsung di Kemboja pada 14 hingga 26 Februari ini.
Perkara ini diumumkan oleh badan bola sepak itu menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana hanya dua pemain yang diambil dari skuad B-23 tahun, selebihnya dibarisi oleh pemain B-19 tahun.
#OFFICIAL ประกาศรายชื่อ 28 นักเตะ “ช้างศึก U23” ชุดลุยศึกชิงแชมป์อาเซียน 2022 ที่กัมพูชา
ซัลบาดอร์ บาเลโร การ์เซีย เป็นหัวหน้าผู้ฝึกสอน ⚽️#ช้างศึก #TogetherAsOne #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAThailand #AFFU23Championship #AFFU23Championship2022 #AFFU23 pic.twitter.com/rswE9mvAWl
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) February 1, 2022
Dalam skuad kali ini, ketua jurulatih Salva Valero Garcia tidak memanggil nama-nama besar dalam saingan Liga Thailand dimana beliau mahu memberikan peluang dan pendedahan kepada pemain lain untuk mewakili pasukan negara itu.
Antara nama besar yang tidak dipanggil oleh Salva Valero ialah Suphanat Mueanta, pemain yang mencipta sejarah dalam saingan AFC Champions League (ACL) sebagai pemain termuda yang menjaringkan gol dalam kejohanan tersebut.
Nama lain seperti Airfan Doloh, yang sebelum menjadi ketua pasukan bagi skuad B-19 selain Thanawat Suengchitthawon yang beraksi bersama Leicester City, Ben Davis, Ekanit Panya, Kritsada Kaman yang baru-baru ini membantu Thailand memenangi Piala AFF Suzuki 2020 dan pemain kacukan Denmark-Thailand, Jonathan Khemdee.
Tindakan Thailand ini dianggap berani memandangkan mereka adalah pasukan pilihan untuk menjuarai saingan edisi kali ini telah muncul sebagai naib juara pada edisi 2019 dimana mereka telah tewas kepada Indonesia.
Thailand diundi dalam kumpulan C bersama Singapura dan Vietnam dimana mereka akan berdepan Singapura pada 16 Februari disusuli dengan aksi menentang Vietnam pada 22 Februari.
Selain Thailand, beberapa pasukan juga sudah mengumumkan barisan pemain yang akan beraksi dalam saingan edisi 2022 seperti Malaysia dan Indonesia.
Senarai 30 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Menjelang Kejuaraan B-23 AFF 2022 Di Phnom Penh, Kemboja
Berikut senarai pemain dipanggil Brad Maloney bagi menyertai kem latihan pusat bermula Khamis, 27 Januari 2022.
Baca penuh di https://t.co/ic81eYqrAy#FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/LSCLR8QGJM
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 22, 2022
Malaysia di bawah bimbingan Brad Maloney menyenaraikan 30 pemain bagi menyertai latihan pusat dan antara pemain yang dipanggil ialah Umar Hakeem, Alif Mutalib (JDT), Azhad Harraz (Sabah) dan Wan Kuzri yang beraksi di Amerika Syarikat.
Bagi Indonesia pula, mereka akan dibimbing oleh Shin Tae-yong dan antara pemain yang dipanggil ialah Pratama Arhan, Alfeandra Dewangga, Rizky Ridho, Rachmat Irianto, Syahrian Abimanyu dan Hanis Sagara Putra. Pemain yang disebutkan merupakan sebahagian daripada skuad Piala AFF Suzuki 2020.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Benjamin Mora: “Syahmi Safari Tidak Biasa Dengan Sesi Latihan Intensiti Tinggi JDT”
Kelayakan Piala Dunia 2022: Vietnam Akhirnya Berjaya Kutip 3 Mata Penuh
B.Satianathan Terkejut Dengan Gaji Yang Diminta Lim Teong Kim