Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, B.Satianathan nyata terkejut selepas mendengar pendedahan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai gaji yang diminta oleh Lim Teong Kim.

Tunku Ismail dalam satu temu ramah baru-
baru ini berkata Lim Teong Kim meminta
sekitar 70,000 ke 80,000 Euro atau RM330,000
ke RM380,000 dan jumlah itu menurutnya adalah tidak masuk akal kerana bekas
Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu tidak ada sebarang pengalaman membawa
pasukan senior.

Menurut laporan BH, Satia menganggap gaji yang diminta Teong Kim amat tinggi dan tidak ramai jurulatih di Eropah yang menerima gaji sebanyak itu.

B.Satianathan
Sumber Gambar: FA Selangor

“Kalau betul dia minta 70,000 euro hingga
80,000 euro memang saya terkejut. Hanya
segelintir jurulatih dekat Eropah macam
Pep Guardiola dan yang jaga kelab EPL semua tinggi, tapi berapa peratus saja jurulatih hebat yang bergaji tinggi di Eropah.

“Bagi saya takkan Tunku (TMJ) nak bohong, apa dia dapat untuk berbohong. Tunku ini kalau anda tahu jenis orang yang cakap terus terang. Dia anak Raja, dia tak dapat apa-apa kalau bohong,” katanya.

B.Satianathan dan Lim Teong Kim sememangnya tidak sebulu dimana kedua-dua jurulatih salim bertikam lidah, terutamanya setelah Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan saingan Piala AFF Suzuki 2020.

Teong Kim pernah melabel Satia sebagai seorang jurulatih yang tidak faham mengenai sistem pembangunan dalam kancah bola sepak Malaysia.

Bekas pembantu jurulatih skuad B-19 tahun Bayern Munich itu berkata demikian setelah Satia mengkritik Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

“Jadi, dia sebenarnya tidak faham dengan sistem pembangunan bola sepak negara. Ini bukan salah faham, tapi ini bodoh sombong. Apa yang dikritik, inilah salah satu daripadanya.

“Kita ada akademi tunas, kita ada AMD, setiap umur pemain ada liga, kita ada struktur pembangunan dan kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan. Ini semua hanya alasan, bukan tak ada buku boleh baca, boleh belajar.

“Saya tak perlukan publisiti, tapi bila ada yang berikan maklumat salah kepada peminat mengenai NFDP, ini tidak wajar,” kata Teong Kim.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

TMJ Anggap Gaji Lim Teong Kim Terlalu Tinggi Untuk Peringkat Pembangunan

Safiq Rahim Sedia Kembali Beraksi Bersama Pasukan Kebangsaan

44 Graduan Akademi Mokhtar Dahari Berjaya Dapat Tempat Dalam Pasukan Liga Super