Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap gaji bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim adalah terlalu tinggi.
Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Tunku Ismail menjawap persoalan mengenai Teong Kim sekiranya bekas ketua jurulatih skuad B-16 tahun negara itu terlibat dengan pembangunan bola sepak Malaysia.
"Lim Teong Kim minta 70-80 ribu Euro bersama dua pembantu jurulatih untuk berkerja dengan saya… Kalau dia sayang dengan bola sepak Malaysia, kerja dengan gaji 20-30 ribu gaji sebulan"
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 27, 2022
TMJ mendedahkan Teong Kim pernah meminta gaji sebanyak €70 Ribu hingga €80 Ribu atau sekitar RM330-380 ribu sebulan dan membawa dua hingga tiga pembantu sewaktu memohon untuk bekerja dibawah kendaliannya.
Menurutnya, jumlah tersebut adalah terlalu tinggi kerana barisan pemain dan staf kejurulatihan di JDT tidak menerima gaji bulanan sebanyak itu.
Tambah Tunku Ismail, sekiranya Teong Kim sayang dan peduli mengenai pembangunan bola sepak di Malaysia, mungkin beliau boleh bekerja dengan menerima gaji bulanan yang rendah iaitu RM20 Ribu atau RM30 Ribu sebulan.
Lim Teong Kim terus menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air memberikan pandangan mengenai situasi semasa bola sepak negara setelah Malaysia mengalami kegagalan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang berakhir awal tahun ini.
Sebelum ini, bekas ketua jurulatih skuad B-19 tahun Bayern Munich itu menyalahkan FAM dan pengelola Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) di atas kegagalan pasukan negara memberi cabaran dalam kumpulan B sekaligus tidak layak ke peringkat separuh akhir.
Selain itu, beliau juga pernah bertikam lidah dengan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B.Satiananthan dimana beliau pernah melabel Satia sebagai jurulatih yang tidak faham mengenai sistem pembangunan dalam kancah bola sepak Malaysia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
‘Nama Besar’ Antara Individu Berminat Jadi Pembantu Kim Pan-gon
Usaha Mantapkan Lagi Jentera Serangan, Trucha Mahu Bawa ‘Pasangan’ Buat Casagrande
Faisal Rosli Harap Dapat Beri Sumbangan Berkesan Buat Kelantan United