Penyerang muda skuad kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta dikhabarkan menjadi buruan beberapa kelab dari saingan J. League setelah menampilkan prestasi memberangsangkan pada tahun 2019 lalu.

Suphanat mempunyai musim yang baik pada 2019 lalu dimana beliau berjaya melakar beberapa sejarah antaranya menjaringkan gol dalam saingan Thai League 1 pada usia 16 tahun serta menjadi penjaring gol termuda dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2019.

Suphanat Mueanta
Sumber Gambar:Buriram United

Selain itu, Suphanat turut mendapat panggilan daripada pengendali skuad senior Thailand, Akira Nishino bagi memperkuatkan pasukan pada saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Oleh itu, kelab J. League berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 17 tahun ini dan menurut beberapa sumber, harga yang diletakkan oleh kelabnya, Buriram United bagi mendapatkan tandatangan Suphanat ialah sebesar $1.5 Juta atau RM4.5 Juta.

Suphanat Mueanta
Supachok Sarachat. Sumber Gambar: Bulatin.com

Selain Suphanat, Buriram turut mempunyai dua lagi pemain muda yang menjadi buruan setelah menampilkan prestasi cemerlang tahun lalu.

Dua pemain yang dimaksudkan ialah Supachok Sarachat dan juga Supachai Jaided. Kedua-dua pemain sayap ini turut beraksi ketika peringkat kelayakan.

Baca artikel lain mengenai pemain Thailand di sini:

Pemilik Buriram United Namakan Lima Pemain Yang Boleh Beraksi Di Luar Negara

Kelab La Liga Berminat Ambil Khidmat Chanathip Songkrasin

Teerasil Dangda Cipta Sejarah Dalam Saingan Liga Jepun