Saingan liga bola sepak Asia Tenggara semakin menjadi perhatian sejak lima musim kebelakangan ini dimana beberapa pemain terbaik dilahirkan dan sebilangan kelab berjaya mendapat tempat dengan beraksi di pentas tertinggi seperti saingan AFC Champions League (ACL).
Perkara ini sedikit-sebanyak menyumbang kepada nilai sesebuah liga dan berikut adalah senarai nilai lapan liga di sekitar Asia Tenggara mengikut data yang diambil dari Transfermarkt.
1. Thai League (RM339.8 Juta)
Saingan Thai League menghuni tangga pertama dalam senarai ini dimana mereka jauh meninggalkan pesaing lain di rantau Asean. Fasiliti yang dimiliki oleh kelab serta pemain berprofil tinggi beraksi di Thailand menjadi penyumbang utama nilai liga terbaik di Asia Tenggara ini.
2. Liga 1 Indonesia (RM238 Juta)
Liga 1 menjadi satu-satunya saingan yang masih belum berjalan musim ini kerana belum mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan. Namun, perkara itu tidak memberikan sebarang faktor kepada nilai semasa Liga 1.
3. V-League (RM175.6 Juta)
Kejayaan skuad B-23 tahun Vietnam mara ke perlawanan akhir AFC B-23 pada edisi 2019 lalu telah membuka mata ramai pihak mengenai saingan liga domestik negara ini. Kelab V-League juga telah berjaya mendapat tempat dalam saingan ACL edisi 2021.
4. Liga Super Malaysia (164.2 Juta)
Liga Super Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan ketiga-tiga liga di atas. Beberapa kelab kini sedang menuju ke arah penswastaan sepenuhnya selain membina fasiliti seperti padang latihan yang bertaraf antarabangsa.
5. Singapore Premier League (RM56.6 Juta)
Singapore sering bergelut untuk mencukupkan bilangan pasukan bertanding setiap musim. Meskipun menghadapi masalah jumlah pasukan bertanding, namun S-League masih berjaya menghantar wakil bagi beraksi dalam saingan ACL musim ini.
6. Myanmar National League (RM59.9 Juta)
Saingan liga domestik Myanmar jarang mendapat perhatian ekoran prestasi skuad kebangsaan mereka yang kurang memberangsangkan. Namun, mereka kini dilihat sedang bekerja keras bagi meningkatkan kualiti liga sekaligus menjadi salah satu liga terbaik di Asean.
7. Laos Premier League (RM28.3 Juta)
Lao Premier League juga menghadapi masalah sama dengan Myanmar National League. Prestasi skuad yang kurang memberangsangkan memberi kesan kepada saingan liga domestik mereka.
8. Philippines Football League (RMRM5.6 Juta)
Meskipun menduduki tempat terakhir, namun saingan PFL tidak ketinggalan dimana mereka mempunyai wakil untuk beraksi di ACL musim ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan liga bola sepak sekitar Asia Tenggara di sini:
Chong Yee Fatt Calon Ganti Mehmet Durakovic Kendalikan Perak