Bekas pengendali Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt menjadi salah satu calon bagi menggantikan Mehmet Durakovic sekiranya jurulatih dari Australia itu berpisah dengan Perak FC.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana situasi antara Perak dan Mehmet kini sedang berada dalam keadaan tegang dan jurulatih itu dijangka bakal meninggalkan pasukan dalam jangka masa terdekat.
Bekas penolong jurulatih Perak Chong Yee Fatt difahamkan antara calon jurulatih baru Perak FC andai penamatan kontrak secara bersama dapat dicapai antara Mehmet Durakovic dan Perak FC.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 21, 2021
Masih belum jelas mengenai faktor utama Mehmet mahu meninggalkan Perak berbaki dua minggu sahaja lagi saingan Liga Super musim 2021 membuka tirai.
Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, para pemain nyata terkejut dengan berita tersebut dimana rata-rata pemain dikhabarkan memilih untuk kekal bersama juara Piala Malaysia 2018 itu kerana Mehmet masih menjadi ketua jurulatih.
Mehmet news is out of the blues, and it is learnt that the players are shocked about it. Many players stayed with Perak because of Mehmet. If Mehmet does leave, Perak will not be the same. His man-management has been exemplary. #MFLTransfer2021 #MSL2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) February 21, 2021
Change Yee Fatt sendiri dilaporkan telah meninggalkan jawatan beliau sebagai Pengarah Teknikal Kuala Lumpur United (KLU) bagi mengambil alih tugas sebagai pengendali baharu pasukan Perak.
Yee Fatt mempunyai pengalaman dalam dunia kejurulatihan dimana beliau pernah dilantik sebagai penolong jurulatih serta pengendali sementara skuad warga kota sebelum ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Skuad Projek FAM-MSN Sedia Beri Saingan Sengit Dalam Liga Premier 2021