Penjaga gol kacukan Jerman-Malaysia, Julian Johan Bechler memutuskan untuk tidak menyambung kontrak bersama juara Liga Super musim 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini diumumkan oleh Johan sendiri menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana setelah mengadakan perbincangan dengan pihak kelab, pemain berusia 19 tahun itu memutuskan untuk tidak menyambung kontrak.

https://www.instagram.com/p/CHUe7dXlM8n/?igshid=36telit4lm3l

Johan beraksi bersama JDT III dalal saingan Piala Presiden. Namun, ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk membatalkan saingan Piala Presiden, sekaligus Johan tidak beraksi sebarang perlawanan kompetitif musim ini.

Abang kepada Joshua Johan Bechler ini tidak mengumumkan destinasi beliau yang seterusnya. Namun, Johan memberi bayangan perbincangan dan terma sudahpun dimulakan bersama pasukan baharu beliau.

Sebelum menyarung jersi JDT, Johan pernah beraksi bersama skuad B-19 tahun Tus Hornau, sebuah pasukan yang beraksi dalam saingan Divisyen 2 Liga Jerman.

Baca artikel lain mengenai Julian Johan Bechler dan Johor Darul Ta’zim di sini:

Johor Darul Ta’zim Sah Tandatangani Julian Johan Bechler

Joshua Johan Bechler Mahu Beraksi Bersama Pasukan Kebangsaan

Stuart Wilkin Dilihat Menjalani Latihan Bersama JDT, Bakal Beraksi Dalam Liga Malaysia Musim Depan?