UEFA memulakan prosiding ke atas Real Madrid, Juventus dan Barcelona yang masih belum berganjak daripada keputusan mereka mahu membentu UEFA Super League.
Daripada 12 kelab yang mengumumkan akan membentuk ESL, sembilan daripadanya sudah menarik diri. Namun Real Madrid, Barcelona dan Juventus masih berkeras dengan idea ESL.
Malah ketiga tiga kelab itu sudah membuat kenyataan media bersama tentang pendirian konsisten mereka tentang ESL.
Dalam kenyataan rasminya pada Selasa, UEFA mengesahkan bahawa mereka akan mengambil tindakan ke atas 3 kelab tersebut.
“Selepas siasatan yang dilakukan oleh lembaga pemantauan disiplin UEFA berkaitan dengan projek yang dipanggil Super League, prosiding disiplin telah dibuka ke atas Real Madrid CF, FC Barcelona dan Juventus FC atas potensi pelanggaran ke atas perundangan UEFA.”
Proses tersebut akan mengambil masa kira kira sebulan untuk menentukan nasib yang bakal menimpa Real Madrid, Barcelona dan Juventus. UEFA menyatakan bahawa hukuman paling berat adalah disingkirkan dari UCL selama 2 musim ditambah dengan denda yang tinggi.
Selain itu, 3 kelab tersebut juga bakal berdepan dengan tindakan oleh pengendali liga domestik masing masing jika masih dengan idea ESL.
🚨 Noticia @partidazocope
💥 Informa @isaacfouto
💣 La @UEFA tiene la intención de expulsar de la @ChampionsLeague a @RealMadrid, @FCBarcelona y @JuventusFC por la Superliga
💸 Además se exponen a una fuerte multa económica
📻 #PartidazoCOPE pic.twitter.com/2RnXq2qiuT
— El Partidazo de COPE (@partidazocope) May 25, 2021
ESL sebelum ini menimbulkan kontroversi selepas 12 kelab mengumumkan mahu membentuk satu lagi liga berbentuk antara kelab antarabangsa.
Idea tersebut ditentang ramai pihak termasuk para penyokong kelab masing masing.
Selepas dikecam hebat, enam pasukan EPL membuat keputusan menarik diri. Ianya diikuti oleh 3 lagi pasukan lain.
Agak menarik kerana dua seteru el clasico, Real Madrid dan Barcelona terus bersatu hati mempertahankan ESL. Di Itali, Juventus juga masih tidak berganjak.
Florentino Perez malah menuduh UEFA kaki ugut yang membuatkan 9 kelab rasa terancam. Perez juga yakin mereka akan menang secara perundangan ke atas UEFA. Sambil Perez memberikan amaran bahawa 9 pasukan yang menarik diri akan perlu membayar pampasan kerana menarik diri dari kontrak.
Baca juga artikel
Sejarah Dan Tradisi Manchester United Membuatkan Maguire Tolak City