Manchester City sedia untuk memecahkan rekod perpindahan liga Inggeris yang mereka sendiri cipta ketika membeli Jack Grealish dari Aston Villa.
Di mana City membayar £100 juta ataupun bersamaan €118 juta untuk pemain tersebut.
Dengan jendela perpindahan yang semakin menuju ke penghujungnya, Man City masih belum berputus asa untuk mendapatkan Harry Kane.
Guardiola sudah lama berkenan dengan Harry Kane, namun Daniel Levy menegaskan bahawa pemain itu bukan untuk dijual.
Levy malah mengesahkan bahawa Harry Kane akan terus menjadi kapten Spurs pada musim baharu.
Namun Man City kini cuba menarik perhatian Spurs dengan bidaan yang agak gila iaitu sekitar €150 juta untuk Harry Kane. Tiada bidaan rasmi dibuat setakat ini kerana Spurs tidak melayan sebarang bidaan.
Tetapi City memberitahu Spurs bahawa wang €150 juta itu tersedia untuk dipindahkan ke akaun Spurs jika kelab itu setuju menjual Harry Kane.
Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano melaporkan bahawa City turut sedia menambah angka bonus dalam perjanjian tersebut.
Manchester City are preparing their new bid for Harry Kane around €150m and would also include add-ons if necessary to convince Spurs. ⚪️🚨 #THFC
Tottenham still hope to keep Kane but Man City are not giving up – bid will be ready.
Exclusive story earlier today, confirmed👇🏻🏴 https://t.co/TX737kCun6
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 12, 2021
Harry Kane merupakan penyerang yang sangat prolifik di EPL. Beliau dianggap pengganti terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sergio Aguero.
Kane pada masa yang sama pernah menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan Spurs untuk mengejar piala.
Manchester City berharap Harry Kane akan menyertai mereka dalam perpindahan kali ini untuk memastikan skuad mereka cukup kuat di barisan serangan.
City akan mempertahankan kejuaraan liga dan pada masa yang sama mengejar kejuaraan Liga Juara Juara Eropah yang pertama.
Adakah Spurs akan menjual Harry Kane ke Manchester City? Beberapa tahun lalu, peminat Spurs agak bengang kerana Pep Guardiola memanggil mereka dengan nama pasukan Harry Kane.
Namun musim lalu Guardiola menarik balik kata katanya dengan menyatakan bahawa dia melakukan kesilapan, kerana ternyata Spurs bukanlah hanya tentang Harry Kane semata mata.
Pep Guardiola described Tottenham as "the Harry Kane team."
Mauricio Pochettino wasn't having any of it. https://t.co/Ls9IgCRWSB pic.twitter.com/5FMxFqx0ni
— ESPN FC (@ESPNFC) October 13, 2017
Baca juga artikel
RASMI: Lukaku Gembira Kembali Ke Kelab Yang Disokongnya Dari Kecil
Jersi Buriram United Terjual 51,677 Helai, Menjana Jualan Sekitar RM4.56 Juta Dalam 3 Minggu!