Romelu Lukaku akhirnya memuktamadkan perpindahan ke Chelsea secara rasmi. Perpindahan tersebut sekitar £97.5 juta (€115 juta).
Chelsea mengumumkan Lukaku secara rasmi pada tengah awal pagi tadi waktu Malaysia.
Lukaku merupakan salah seorang penyerang yang paling produktif dalam bola sepak Eropah dalam beberapa musim terakhir ini.
Lukaku menyatakan bahawa beliau gembira untuk kembali ke kelab yang indah seperti Chelsea. Salah satu sebab beliau kembali adalah kerana urusan yang belum selesai di Chelsea.
Di mana Lukaku belum pernah memberikan sumbangan terbaiknya kepada Chelsea ketika menyertai mereka pada usia muda pada 2011.
Lukaku setuju dengan kontrak 5 tahun bersama Chelsea.
Bercakap kepada Chelsea TV, Lukaku berkata: “Saya gembira dan bersyukur dapat kembali ke kelab yang indah ini. Ini adalah perjalanan panjang bagi saya: Saya datang ke sini sebagai seorang remaja yang banyak belajar, sekarang saya kembali dengan pengalaman yang banyak serta lebih dewasa.”
“Hubungan saya dengan kelab ini sangat bermakna bagi saya, seperti yang anda tahu. Saya telah menyokong Chelsea sejak kecil dan sekarang untuk kembali dan berusaha membantu mereka memenangi lebih banyak gelaran adalah perasaan yang luar biasa.”
“Cara kelab ini bergerak sekarang ini sesuai dengan cita-cita saya pada usia 28 tahun dan hanya menjuarai Serie A. Saya fikir peluang ini datang pada masa yang tepat dan semoga kita dapat memperoleh lebih banyak kejayaan bersama.”
“Sejak saya meninggalkan Chelsea, saya melalui perjalanan panjang dengan banyak turun dan naik, tetapi pengalaman ini menjadikan saya kuat dan cabarannya adalah untuk membantu pasukan ini memenangi beberapa lagi piala.”
“Saya tidak sabar untuk memulakannya dan membantu kelab mencapai lebih banyak kejayaan.”
Pengarah Urusan Chelsea Marina Granovskaia menambah: “Romelu Lukaku adalah salah seorang penyerang dan pencetak gol terbaik dunia. Kami sangat gembira dapat membawanya kembali ke kelab yang disukainya, dan sangat gembira dapat menambah bakat seperti beliau ke skuad juara Liga Juara-Juara kami.”
“Kami tentunya ingin terus membangun daripada kejayaan musim lalu, dan Lukaku akan memainkan peranan besar dalam mencapai sasaran kami. Saya yakin semua peminat Chelsea akan senada dengan saya dalam ucapan selamat datang, Romelu! ‘
Lukaku kembali ke Stamford Bridge selepas satu dekad beliau kali pertama menyertai kelab itu. Dia telah menjaringkan 80 gol untuk kelab dan negara dalam dua musim terakhirnya – sahaja.
Back in blue. ✍️#LukWhosBack
— Chelsea FC (@ChelseaFC) August 12, 2021
Lukaku menjadi penyerang elit yang menjadi buruan kelab kelab Eropah yang lain.
Lukaku hanya berusia hanya 18 tahun ketika tiba di Stamford Bridge dari Anderlecht pada 2011, dia membuat 15 penampilan Chelsea dalam tiga musim. Du musim daripadanya dihabiskan secara pinjaman, sebelum berpindah ke Everton, Manchester United dan Inter Milan.
Semasa di Inter, Lukaku dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Europa pada 2019/20, sebelum memainkan peranan penting ketika membantu Inter menjuarai Serie A musim lalu. 24 gol dan 11 assist dicatatkannya, telah berjaya menjadikannya penerima MVP untuk Serie A.
Dalam Euro yang lalu, Lukaku berjaya tersenarai dalam kesebelasan terbaik kejohanan selepas menjaringkan empat gol. Di peringkat kebangsaan, Lukaku sudah menjaringkan 64 gol daripada 98 perlawanan.
Baca juga artikel
Super Cup 2021: Percaturan Tuchel Menjadi, Kepa Muncul Wira Chelsea
Pasca Messi: Barcelona Berdepan Kesukaran Dapatkan Tajaan Lebih Besar Termasuk Dari Nike & Rakuten