presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al Khelaifi memberikan jaminan bahawa PSG tidak sesekali melanggar peraturan Financial Fairplay ketika mendapatkan Lionel Messi.

Ratio FFP oleh PSG menjadi subjek perdebatan hangat. Di mana wakil firma guaman Barcelona sebelum ini meminta UEFA mengenakan penggantungan sementara ke atas usaha PSG mendapatkan Lionel Messi.

Peguam Barcelona sudah memfailkan aduan ke Mahkamah Rayuan Eropah / European Court of Appeals, mencadangkan bahawa, mahkamah harus menghalang PSG serta merta daripada menandatangani Lionel Messi.

Peguam, Juan Branco telah menunjukkan surat aduan Barcelona yang bertulis: “Mewakili rakan kongsi Barcelona, firma kami bersiap sedia untuk mengajukan bantahan bersama sama sa dengan jawatankuasa Eropah.”

“Dan kami mendesak penggantungan sementara sebelum mahkamah sivil dan pentadbiran di Perancis menghalang secara penuh PSG daripada menandatangani Lionel Messi.”

46447017-9875045-In_a_document_posted_by_Juan_Branco_the_lawyers_confirmed_they_a-a-56_1628472109489

“Ratio FFP PSG dari segi Financial Fair Play adalah lebih teruk daripada Barcelona.”

“Pada 2019/20, nisbah gaji vs pendapatan ialah 99%, sedangkan Barcelona cuma 54%. Ianya terus meningkat.”

“Sukar dipercayai bahawa FFP telah membuatkan “Financial Fair Play” berfungsi untuk memburukkan lagi peralihan perniagaan dalam bola sepak, instrumentalisasi bola sepak oleh kuasa mutlak, dan penyelewengan pertandingan.”

donnarumma-2026

Namun Nasser Al Khelaifi menegaskan beliau memang menunggu wartawan bertanyakan soalan tersebut kerana mahu memberitahu situasi sebenar di PSG.

Lionel Messi menerima gaji £29.6 juta semusim di PSG. Namun Nasser Al Khelaifi menegaskan bahawa PSG adalah kelab yang sentiasa patuh dengan FFP untuk mewujudkan pertandingan yang adil.

Nasser berkata: “Saya memang menunggu soalan itu. Saya ingin menjelaskan bahawa, kami sentiasa menghormati Financial Fair Play.”

“Kami sudah memeriksa perkara ini dengan staf kewangan kami. Dan kami mendapat tahu bahawa akaun kami membenarkan kami menandatangani beliau.”

“Apa yang media harus fokus, bukan sahaja perkara negatif, tetapi perkara perkara positif yang akan dibawa oleh Messi.”

Nasser menganggap kehadiran Messi ke PSG sebagai detik bersejarah buat kelab itu.

Baca juga artikel

Barcelona Mahu Mahkamah Halang Perpindahan Messi Ke PSG

Pasca Messi: Barcelona Berdepan Kesukaran Dapatkan Tajaan Lebih Besar Termasuk Dari Nike & Rakuten

TERKINI: Messi Setuju Sertai PSG, Gaji RM2.86 Juta Seminggu