Tottenham Hotspurs telah menghubungi Antonio Conte untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus yang ditinggalkan Jose Mourinho beberapa bulan lalu.
Sebelum ini Ryan Mason menjadi interim dan kelab memutuskan untuk tidak memberikan kontrak tetap kepada beliau.
Antonio Conte kini tiada pasukan selepas menamatkan kontraknya di Inter Milan atas persetujuan bersama kelab itu – beberapa hari selepas keraian kejuaraan Serie A.
Spurs sebelum ini mahukan Mauricio Pochettino. Namun PSG dalam kenyataan terbaru mereka menegaskan bahawa pengurus itu tidak akan dilepaskan.
Dalam perbincangan Spurs menerusi Daniel Levy dengan Conte, kedua dua pihak membincangkan kontrak jangka panjang. Seterusnya adalah soal gaji dan dana untuk pembelian pemain baharu.
Selain itu, Levy juga dalam proses melantik Paratici sebagai Pengarah Sukan yang baharu selepas Paratici meninggalkan Juventus. Dan tawaran sudah pun dibuat.
⚪️ #THFC Antonio Conte in advanced talks with Tottenham board about…
– Long term contract.
– Project, salary, new signings.
– Former Juventus Paratici as new director of football.
– Official bid made to Paratici but he’ll decide soon.
– Conte has never been close to join Real.— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 2, 2021
Selain dari Conte beberapa nama lain turut dikaitkan dengan jawatan di Spurs termasuk Erik Ten Haag.
Conte sebelum ini pernah menguruskan kelab London, Chelsea dan membantu mereka menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya.
NEWS | Tottenham in talks with Antonio Conte over manager’s job
More from @JamesHorncastle and @JackPittBrooke #THFChttps://t.co/uLcK8MGi2c
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) June 2, 2021
Selain daripada Spurs, Conte turut dikaitkan dengan Everton yang baru sahaja kehilangan Carlo Ancelotti.
Baca juga artikel
Nike Tuduh Pihak Neymar Menipu, Sebaliknya Kontrak Berakhir Kerana Skandal Perlecehan Seksual
74% Peminat EPL Tak Suka VAR, Presiden FIFA Tetap Cakap Ianya Sistem Terbaik
RASMI: Ancelotti Tinggalkan Everton, Sertai Kelab Yang Sentiasa Di Hatinya Real Madrid