Teka teki tentang siapakah pengurus baharu Real Madrid selepas pengunduran diri Zinedine Zidane akhirnya rasmi terjawab. Di mana Real Madrid telah mengumumkan kepulangan semula bekas pengurus mereka, Carlo Ancelotti.
Semalam hari yang sibuk di Everton apabila menerima surat minta dilepaskan oleh Ancelotti yang mahu bergabung semula dengan Real Madrid. Ancelotti calon utama dikehendaki Real Madrid berbanding dengan Antonio Conte.
Everton mengumumkan secara rasmi bahawa Ancelotti sudah melepaskan jawatannya berkuat kuasa serta merta.
Everton can confirm that Carlo Ancelotti has left his position as manager to take up the role of Head Coach at Real Madrid.
— Everton (@Everton) June 1, 2021
Ianya disusuli oleh pengumuman rasmi oleh Real Madrid.
🤨 ¡@MrAncelotti regresa a nuestro club! #WelcomeBackAncelotti | #HalaMadrid pic.twitter.com/Cznpkj9jL3
— Real Madrid C.F. (@realmadrid) June 1, 2021
Ancelotti memberikan salam perpisahan buat Everton: “Saya mahu berterima kasih kepada Everton FC, pemain pemain saya, para penyokong yang memberikan saya kesempatan untuk menguruskan kelab hebat dan bersejarah ini.”
“Saya memutuskan untuk meninggalkan kelan ini kerana saya ada cabaran bahar dengan pasukan yang sentiasa ada dalam hati saya, Real Madrid.”
I would like to thank Everton FC, my players and the supporters for giving me the opportunity to manage this fantastic and historical club. I decided to leave as I have a new challenge with a team that was always in my heart, Real Madrid. pic.twitter.com/SDV8T7qMDR
— Carlo Ancelotti (@MrAncelotti) June 1, 2021
Ancelotti pernah membimbing Real Madrid pada 2013 sehingga 2015. Beliau dipecat oleh Real Madrid pada ketika itu. Ancelotti memenangi 4 trofi bersama Real Madrid termasuk Liga Juara Juara Eropah.
Selepas meninggalkan Real Madrid, protege Ancelotti, Zinedine Zidane mengambil alih. Dan memberikan beberapa siri kejuaraan besar termasuk 4 UCL dan kejuaraan La Liga.
Real Madrid dilaporkan telah bersepakat dengan Ancelotti untuk kontrak sehingga 2024.
Ancelotti meninggalkan Everton selepas menyertai kelab itu dalam perpindahan mengejutkan ramai pada 2019.
Pengurus asal Itali itu juga setuju dengan pengurangan gaji daripada €8 juta kepada €6 juta. Real Madrid berdepan dengan beban hutang yang tinggi terutama sekali untuk menampung pembangunan semula stadium Santiago Bernabeu.
Kini Everton perlu mencari pengganti Ancelotti. Beberapa nama dikaitkan dengan jawatan panas di Everton termasuk Antonio Conte dan Erik Ten Haag.
Baca juga artikel
RASMI: Aguero Sertai Barca, Kontrak 2 Tahun Dengan Klausa Pelepasan €100 Juta
UCL: Guardiola Pertahan Kesebelasan Utama Bukan Punca Mereka Kalah