Sergio Aguero secara rasmi menjadi milik Barcelona. Beliau menyertai Barca secara percuma dari Manchester City dengan kontrak 2 tahun.
Barcelona dan Aguero turut setuju memasukkan klausa pelepasan €100 juta.
There’s a buy out clause set at €100m in Sergio Agüero’s contract with Barcelona until June 2023. 🇦🇷 #FCB #Aguero
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 31, 2021
Aguero menganggap perpindahan ke Barcelona dan bermain bersama Lionel Messi sebagai satu impian menjadi nyata.
Messi dan Aguero merupakan dua pemain yang beraksi dalam skuad kebangsaan yang sama, dan kini mereka akan bermain dalam kelab yang sama.
Laporan sebelum ini menyebut, Aguero malah meminta jaminan bahawa Messi akan kekal untuk beliau mempertimbangkan menyertai Barcelona. Minggu lalu, Messi mengesahkan beliau akan terus bersama Barcelona, sekaligus menolak sebarang potensi beliau akan ke Man City mahupun PSG.
Aguero turut berharap Messi akan membantunya menyesuaikan diri dengan suasana baharu di Barcelona serta negara yang baru.
“Saya bercakap dengan Leo setiap hari dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Sekarang saya akan bersamanya setiap hari dan ini akan menjadikannya lebih mudah.”
“Apa yang berlaku dengan Leo akan menjadi keputusan kelab, tetapi adalah suatu penghormatan dan keseronokan bermain bersama Leo. Sekiranya dia terus kekal, yang saya rasa dia akan lakukan, saya akan berusaha memberikan segalanya seperti yang selalu dilakukannya.”
It was only Barcelona for Sergio Aguero 🤩 pic.twitter.com/Y1YGGQMJ4K
— B/R Football (@brfootball) May 31, 2021
Aguero mengakui bahawa bergabung dengan Barcelona adalah perkara yang paling dia mahukan setelah beliau gagal memeterai kontrak baharu dengan Man City.
“Saya tidak mempunyai keraguan. Saya tidak mahu kelab lain bercakap dengan saya, hanya Barcelona.”
“Guardiola, ketika kami memenangi Liga Perdana Inggeris, telah memberitahu saya, ‘Kamu akan pergi ke kelab teragung di dunia’. Bagi saya, sejak kecil, dan sekarang kerana Leo ada di sini, kelab ini adalah pasukan terhebat.”
“Ketika saya masih kecil, saya mengatakan suatu hari mereka akan mengenali saya dan saya berada di sini.”
“Saya akan membantu pasukan untuk menang dan melakukan perkara-perkara hebat. Selain musim lalu, saya mempunyai sembilan tahun yang sangat baik di City dan saya membantu pasukan mencapai banyak perkara penting.”
Seterusnya, laporan RTE menyebut bahawa, Aguero adalah pilihan pengarah baharu kelab, Joan Laporta. Di mana Laporta tidak berbincang dengan Koeman untuk mendapatkan Aguero.
Sergio Aguero joins Barcelona after a decade at Manchester City 📝 @brfootball pic.twitter.com/qn7qXuiYw3
— Bleacher Report (@BleacherReport) May 31, 2021
Masa depan Ronald Koeman sendiri malah masih lagi dibincangkan di Barcelona. Sama ada beliau akan terus kekal ataupun tidak.
“Kami memberitahu Koeman bahawa kami menginginkan Kun. Kami ingin memastikannya sebelum Copa America,” kata Laporta.
Selain itu, Laporta menolak dakwaan Aguero ditandatangani untuk memujuk Messi kekal.
“Penandatanganan Kun kerana dia pemain yang berbeza. Kami mahu Kun di Barcelona, kami juga mahukan Leo di sini, dan ini adalah salah satu daripada beberapa pemain yang akan dilakukan kelab ini.”
Baca juga artikel
UCL: Guardiola Pertahan Kesebelasan Utama Bukan Punca Mereka Kalah
EURO: Benzema Sudah OK Dengan Deschamps Dan Yakin Membantu Perancis Juara