Penyerang Real Madrid, Karim Benzema sangat bersemangat untuk kembali berkhidmat dalam pasukan kebangsaan Perancis selepas sekian lama disisihkan. Dan bintang Real Madrid itu mensasarkan untuk menjulang piala Eropah pada kali ini.
Benzema yang disabitkan dengan kesalahan jenayah pemerasan sebelum ini diketepikan dari skuad Perancis sejak 2015.
Benzema malah sudah putus harapan untuk mewakili Perancis lagi dengan beberapa kali mengkritik Deschamps secara terbuka. Namun beliau tetap menyatakan pintu hatinya masih mahu beraksi untuk Perancis.
Akhirnya, selepas enam tahun, Benzema akhirnya dipanggil semula.
Bercakap kepada portal L’Equipe di Perancis, Benzema berkata beliau sangat bangga dengan panggilan kebangsaan kali ini.
“Saya mahu memenangi piala dengan pasukan Perancis,” kata Benzema.
Benzema, yang menjaringkan 27 gol dalam 81 penampilan antarabangsa, minggu lalu dinobatkan sebagai pemain antarabangsa Perancis terbaik musim ini oleh FFF / Persekutuan Bola Sepak Perancis.
Benzema terus menjadi nadi Real Madrid terutama sekali sejak penghijrahan Cristiano Ronaldo pada 2018.
Bercakap tentang hubungannya dengan Deschamps selepas Benzema sebelum ini beberapa kali mengkritik pengurus itu, Benzema berkata:
“Kami bercakap tentang banyak perkara. Perkara yang perlu kami katakan sejak sekian lama. Itu penjelasan yang baik, dengan kata-kata penting.”
“Saya tidak datang ke pasukan Perancis untuk membayangi siapa pun atau menggantikan siapa pun. Saya di sini untuk memberikan apa yang saya mampu untuk negara ini.
Perancis diletakkan dalam kumpulan F yang digelar kumpulan maut, sekumpulan dengan Portugal, Jerman dan Hungary.
Baca juga artikel
TERKINI: UEFA Ancam Singkirkan Real Madrid, Juve & Barca Dari UCL Jika Terus Berkeras Dengan ESL
Sejarah Dan Tradisi Manchester United Membuatkan Maguire Tolak City