Selain daripada taktikal, kekuatan mental juga penting dalam bola sepak dan ia telah menjadi teras perjuangan Argentina dalam kejayaan Piala Dunia ketiga mereka.
Perancis dan Argentina memberikan final impian kepada semua peminat bola sepak dalam Piala Dunia 2022.
Biasanya, perlawanan final akan membosankan kerana pasukan yang beraksi cuba bermain selamat. Namun tidak dalam perlawanan Piala Dunia 2022.
Bertuahlah yang menyaksikan perlawanan ini. Mbappe vs Messi dengan kedua duanya benar benar menunjukkan impak dan kehebatan mereka.
Thank you Messi and MbappΓ© for the Greatest World Cup Final EVER! pic.twitter.com/5qCrVGt8II
— Robert Griffin III (@RGIII) December 18, 2022
Kemudian 3 gol disajikan. Dua kali Argentina ditangguhkan Mbappe daripada kejuaraan.
Perancis bermula gugup
Perancis boleh dikatakan pasukan lebih berpengalaman untuk final kali ini. Namun mereka tampil dengan teruk sekali separuh masa pertama.
Mereka banyak hilang bola dan melakukan segala jenis kesilapan asas yang tidak harus dilakukan dalam final.
Memberikan penalti kepada lawan, tidak mencipta peluang, gagal bertahan secara unit.
Pada separuh masa pertama Perancis gagal melakukan sebarang percubaan ke arah gol Argentina. Deschamps mengeluarkan Olivier Giroud dan Dembele pada minit ke-41. Kerana dia harus melakukan perubahan segera, sakit matanya melihat apa di atas padang.
0 – France failed to attempt a shot or register a touch in the opposition box in the first half. ZΓ©ro. pic.twitter.com/jfyuvJOzxv
— OptaJoe (@OptaJoe) December 18, 2022
Argentina berpaksikan Messi
Sebenarnya kita sudah tahu bahawa Argentina akan berpaksikan Messi. Berbanding Perancis yang boleh menjadikan Griezmann sebagai fokal kepada serangan mereka dan menjadikan Mbappe sebagai penerima bola di zon tinggi.
Messi turun naik di atas padang. Terlibat dalam gerakan dengan aktif. Perancis cuba mengunci Messi dan memboleh pemain seperti Angel Di Maria menikmati lebih kebebasan di sebelah kiri.
Di Maria turut memenangi 1 penalti dan menjaringkan 1 gol untuk Argentina.
Namun kisah Messi lebih panjang selepas Di Maria dikeluarkan. Dia berjuang untuk menghubungkan kesemua unit di atas padang dengan bantuan Alexis Mac Allister.
Perancis bangkit
Pertukaran lewat separuh masa pertama Deschamps dengan memasukan Randal Kolo Muani dan Marcus Thuram ditambah lagi dengan kemasukan Kingsley Coman benar benar mengubah tempo permainan Perancis.
Griezmann yang menjadi playmaker utama Perancis dalam perlawanan perlawanan sebelum ini agak berada di bawah par.
Perancis akhirnya mendapat tempo yang mereka mahukan. Kylian Mbappe memulakan kebangkitan mereka dengan gol penalti selepas Kolo Muani dijatuhkan.
Kemudian dia melakukan voli yang sangat kemas.
Argentina pada fasa ini berdepan dengan tekanan mental yang sangat kuat. Mereka baru melepaskan pendahuluan 2 gol sekelip mata berdepan juara bertahan.
Never doubt Kylian Mbappe π pic.twitter.com/EtHcl5dwBl
— GOAL (@goal) December 18, 2022
Perancis mulai beraksi lebih bertenaga. Dan mereka akhirnya ‘muncul’ dan bermain dalam final ini.
Taktikal Scaloni mulai rosak
Salah satu sebab kenapa Mbappe berjaya mendapatkan permainan dia mahukan adalah taktikal Scaloni mulai rosak.
Scaloni menumpukan kepada usaha menutup hantaran awal kepada Mbappe. Dia tidak meletakkan marking kepada Mbappe namun dia menutup sumber bola di belakang Mbappe.
Kemasukan Coman, Muani dan Thuram benar benar mengubah dimensi ini. Kerana 3 pemain ini sangat bagus secara teknikal.
Ini adalah sistem Argentina mematikan sumber hantaran awal kepada Mbappe dalam perlawanan ini. Ianya berjaya. Ditambah dengan kegagalan Giroud untuk menghubungkan titik tengah di zon 14. Giroud bagus secara duel, namun Deschamps merasakan bahawa Argentina sudah mematikan talian hantaran ke Mbappe.
Dan Perancis tidak dapat bermain hantaran lintang dengan berkesan untuk Giroud.
Jadi, mengeluarkan Giroud dan Dembele keputusan yang tepat kerana ianya membolehkan Perancis bermain dengan sistem serangan lebih fluid dan lebih lincah, dan agresif.
Argentina memiliki kekuatan mental
Kekuatan mental adalah elemen penting buat Argentina. Mereka kehilangan khidmat Angel Di Maria yang dikeluarkan awal separuh masa kedua.
Lionel Messi kelihatan benar benar berseorangan untuk berdepan unit pertahanan Perancis yang diperbaiki selepas kemasukan Camavinga.
Namun Perancis tetap lalai dan membenarkan Messi peluang untuk menjaringkan gol yang bepotensi menjadi gol kejuaraan Piala Dunia 2022 buat Argentina pada masa ekstra.
Namun Mbappe sekali lagi menangguhkan pesta kejuaraan mereka dengan gol penyamaan selepas Montiel ‘handball’.
Kenapa mentaliti memainkan peranan penting?
Argentina masuk ke pertarungan penentuan penalti, dalam keadaan mereka masih cuba keluar daripada tekanan melepaskan 2 kali pendahuluan.
Mereka mendahului 2-0 dan dikejar. Kemudian mendahului 3-2, juga dihambat Mbappe. Jika mentaliti mereka tak cukup kuat, mereka sudah memikirkan malam tersebut bukan malam mereka.
Montiel, pemain muda yang melepaskan penalti minit akhir perlawanan. Dia berdepan tekanan luar biasa untuk menebus kesilapan itu kerana penalti penentuan berada di kakinya. Dia akhirnya berjaya melakukannya.
https://twitter.com/futurefights360/status/1604644518258786305
Rumusan
Jika Perancis juara, mereka berhak, kerana pertukaran taktikal dan keupayaan mereka bangkit. Argentina pun selayaknya juara kerana mereka memiliki pemain istimewa yang dapat mengubah nasib pasukannya.
Selain itu, kekuatan mental mereka benar benar luar biasa. Argentina bukanΒ seperti Perancis yang memiliki squad depth luar biasa. Namun mereka beraksi dengan sepenuh hati dan perasaan mereka untuk berdepan kualiti Perancis.
Akhirnya Messi menguatkan lagi statusnya sebagai GOAT.
πLionel Messi's Major Honours;
ππππππππππ La Liga
ππππ UEFA Champions League
ποΈποΈποΈποΈποΈποΈποΈ Ballon D'Or
π Ligue 1
π U-20 World Cup
π₯ Olympics Gold
π Copa America
π Finalissima
π FIFA World CupπThe Greatest of all Time-GOAT #FIFAWorldCup|#Messiπ΅ pic.twitter.com/X9mEA1kEht
— FIFA World Cup Stats (@alimo_philip) December 18, 2022