Nike mengesahkan bahawa mereka mengakhiri kerjasama dengan pemain bola sepak Brazil, Neymar da Silva Santos Júnior, kerana Neymar enggan bekerjasama dalam siasatan terhadap tuduhan gangguan seksual terhadapnya.
Ianya sekaligus menafikan kenyataan pihak Neymar yang sebelum ini menyatakan bahawa pemain itu menamatkan kontrak dengan Nike atas alasan komersial.
Tahun lalu, Neymar dilihat tidak lagi memakai boot Nike. Dan ianya dikaitkan dengan isu perang antara Neymar dan Nike berkaitan dengan tuduhan gangguan seksual oleh Neymar.
Nike dalam kenyataannya berkata: “Nike memutuskan hubungannya dengan atlet itu kerana dia enggan bekerjasama dalam penyiasatan dengan niat baik atas pertuduhan melakukan kesalahan yang boleh dipercayai oleh seorang pekerja,”
Syarikat pembuatan kasut terkemuka itu mengatakan bahawa penyiasatan terhadap insiden gangguan seksual 2016 yang dilaporkan kepada syarikat itu pada tahun 2018.
Sebelum itu, dalam artikel Wall Street Journal yang melaporkan mengenai tuduhan serangan itu, jurucakap Neymar mengatakan pemain bola sepak berusia 29 tahun itu menafikan dakwaan perlecehan seksual itu.
“Neymar Jr. akan sedaya upaya mempertahankan dirinya dari serangan tidak berasas ini jika ada pertuduhan yang dibuat ke atasnya, yang setakat ini masih tidak terjadi,” kata pernyataan itu sambil menambah bahawa Nike dan Neymar berpisah hanya atas alasan komersial.
Tetapi Nike membantahnya dan mengatakan sebaliknya. Nike berkata, ada pekerja melaporkan tuduhan itu pada tahun 2018 dan pada mulanya mahu merahsiakannya dan mengelakkan siasatan.
Oleh, Nike mengatakan ia tidak berkongsi perincian dengan pihak penguatkuasa atau pihak ketiga, kerana menghormati privasi pekerja teserbut.
Nike mengatakan pihaknya telah menjalankan siasatan bebas terhadap tuduhan tersebut pada tahun 2019 ketika pekerja menyatakan keinginan untuk meneruskan pertuduhan tersebut.
Truly alarming story about why Nike really broke with Neymar by @WSJ
Nike Split With Neymar Amid Sexual-Assault Probe – WSJ https://t.co/2aozw3zGES
(Hours have passed since publication and still no comment from Paris Saint Germain.)
— tariq panja (@tariqpanja) May 28, 2021
Namun sebenarnya Nike masih belum dapat membuat sebarang kesimpulan tentang perkara itu. Cuma yang mengecewakan Nike adalah sikap Neymar yang enggan bekerjasama.
“Tidak ada fakta yang muncul yang memungkinkan kami untuk berbicara secara konkrit mengenai perkara itu,” tambah Nike lagi.
Kenyataan Nike itu membuatkan ayah Neymar yang merupakan pengurusnya bengang. Menganggap Nike telah sengaja mengadakan konspirasi. Sedangkan pertuduhan yang sama berlaku kepada Cristiano Ronaldo dan Kobe Bryant sebelum ini.
Namun dua atlet tersebut tetap ditaja oleh nike.
Ayah Neymar berkata: “Macamana berita ini boleh muncul? Neymar bahkan tak kenal siapa gadis itu. Sudah tentu, selepas Nike sendiri mengeluarkan kenyataan, kami terus keluar.”
“Semua orang akan tinggalkan Nike kalau dituduh seperti itu. Ia berlaku kepada Cristiano, Kobe Bryant, jika Nike nak mengugut kami, maka kami akan datang melawan mereka.”
🎙NEYMAR SENIOR:
“How can news like that come out? Neymar doesn't even know this girl. Of course, that came from Nike after we left. Everyone leaves Nike & is accused like that. It happened to Cristiano, Kobe Bryant.. if Nike wants to blackmail, then we’re coming for Nike.” pic.twitter.com/CZdgsnHOMB
— Neymoleque | Fan 🇧🇷 (@Neymoleque) May 28, 2021
Baca juga artikel
74% Peminat EPL Tak Suka VAR, Presiden FIFA Tetap Cakap Ianya Sistem Terbaik
RASMI: Ancelotti Tinggalkan Everton, Sertai Kelab Yang Sentiasa Di Hatinya Real Madrid
RASMI: Aguero Sertai Barca, Kontrak 2 Tahun Dengan Klausa Pelepasan €100 Juta