Penyerang Vinicius Jr, yang bermain untuk Real Madrid dan pasukan kebangsaan Brazil dikatakan bertelagah dengan Nike.

Baca Juga:

Nike merupakan syarikat gergasi pembekal barangan sukan yang telah menaja Vini Jr. itu sejak dia berusia 13 tahun lagi.

Nike antara jenama yang sangat dekat dengan Brazil. Kerana saban tahun mereka menaja pemain pemain bola sepak dari Brazil.

Ada pemain yang mereka taja sejak di usia remaja dan sehinggalah mereka menjadi bintang.

Antaranya ialah Vini Jr. yang kini merupakan pemain kebangsaan Selecao dan bersama sama dengan pasukan negaranya berkampung di Qatar untuk saingan Piala Dunia 2022.

Buat masa ini, Vinicius Jr. masih menggunakan but jenama Nike. Dia terikat dengan kontrak semasa, yang berlangsung sehingga 2028.

Namun kini pihak Vini Jr. dikatakan tidak berpuas hati dengan Nike kerana merasakan dirinya mendapat layanan tidak adil daripada mereka.

Vini dan ejennya sudah menghubungi peguam untuk menamatkan kontrak dengan Nike serta merta.

Ketika atlet Nike lain menerima tajaan but baharu daripada syarikat ini untuk bermain di Piala Dunia 2022 berlangsung di Qatar, Vini pula masih memakai but Nike Mercury dari koleksi lama.

Tindakan Nike itu seolah oleh merendah rendahkan status Vini Jr yang kini menjadi antara pemain sayap terbaik di dunia.

Dia membantu Real Madrid menjuarai UCL dan La Liga musim lalu. Menjaringkan gol tunggal kemenangan dalam aksi final UCL berhadapan dengan Liverpool.

Berita Vini Jr. bertelagah dengan Nike ini menarik perhatian banyak penaja dari kalangan syarikat pesaing yang lain.

Berdasarkan keadaan ketika ini, dikatakan Vini Jr. memang sudah tawar hati dengan Nike yang melayannya seperti itu.