Peminat bola sepak tempatan terperanjat apabila pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menerima ucapan istimewa daripada bintang bola sepak terkemuka dunia iaitu Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Ia adalah ucapan bersempena hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke 36 semalam menerusi laman Instagram milik TMJ.

D221E7DE-FDD9-4429-A607-B92B9A6904A0

“Happy birthday my friend (Selamat hari lahir sahabat),” kata Ronaldo dengan komen berkenaan turut mendapat reaksi positif daripada beberapa pengguna media sosial.

TMJ kemudian membalas komen bekas pemain Manchester United itu dengan ucapan, “Terima kasih Cristiano. Jumpa kamu lagi, semoga kamu dan keluarga sentiasa dalam keadaan baik, sahabat.”

Lebih menarik, bintang Paris Saint Germain (PSG), Neymar da Silva turut mengirimkan video khas ucapan selamat hari jadi kepada TMJ dan dikongsikan melalui paparan instagram story.

Screen Shot 2020-07-01 at 7.45.14 PM (2)

Screen Shot 2020-07-01 at 7.45.28 PM (2)

Selain itu, bekas pemain Portugal (Luis Figo) dan bekas kapten England (David Beckham) turut memberikan ucapan hari jadi kepada TMJ melalui ruangan komen dan rakaman video.

Ia merupakan ucapan yang paling bermakna diterima oleh TMJ dan membuktikan baginda kini semakin dikenali dalam kalangan bintang bola sepak dunia.

TMJ juga ibarat duta besar yang menghubungkan jambatan di antara bolasepak Johor ke serata dunia. Impak yang dibawa oleh baginda sememangnya tidak boleh disangkal lagi sekaligus membantu memajukan bola sepak negara.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

James Younghusband Umum Persaraan, Ceres Negros Tarik Diri Daripada Liga Filipina

Warrix Jalin Kerjasama Dengan Piala AFF Suzuki 2020, Jadi Pembekal Rasmi Bola Dan Jersi

Kerajaan Korea Benarkan 40 Peratus Penonton Masuk Stadium, Tiket Hanya Dijual Secara ‘Online’