Pemain tengah Filipina, James Younghusband semalam mengumumkan persaraan daripada sukan bola sepak melalui laman instagramnya selepas 16 tahun beraksi dengan 8 kelab yang berbeza.

Keputusan itu diambil setelah beliau berbincang dengan ahli keluarga dan pengurusan pasukannya, Ceres Negros.

“Terima kasih diatas pengalaman yang cukup hebat ini,” kata pemain yang berusia 33 tahun itu melalui laman instagramnya.

“Terima kasih kepada keluarga, bos, pengurus, jurulatih, rakan sepasukan dan semua penyokong yang menjadi sebahagian daripada kerjaya profesional saya.

“Saya rasa cukup bertuah dapat melalui pengalaman yang indah ini dan terima kasih untuk segalanya ketika saya beraksi bersama kelab serta negara,” tambahnya.

https://www.instagram.com/p/CB1uoXMh43l/

Younghusband telah beraksi bersama skuad kebangsaan Filipina sejak tahun 2006 dan mengumpulkan 101 kaps serta menjaringkan 12 gol di peringkat antarabangsa. Beliau juga sempat mewakili skuad Azkals dalam saingan Piala Asia 2019.

Sebelum menyertai Ceres Negros, produk akademi Chelsea ini telah beraksi dengan beberapa kelab Liga Filipina seperti Loyola Meralco Sparks, dan Davao Aguilas.

Bagaimanapun, keputusan persaraannya itu tidak mempunyai kaitan dengan tindakan kelab Ceres Negros yang juga merupakan juara bertahan menarik diri daripada Liga Filipina musim ini.

https://twitter.com/filipinofootbal/status/1276251117232553984

Ceres Negros merupakan kelab nombor satu di Filipina dan sering beraksi dalam saingan AFC Cup. Difahamkan keputusan penarikan diri itu mempunyai kaitan dengan masalah kewangan yang semakin serius sejak seluruh dunia dilanda wabak pandemik COVID-19.

Mereka sempat beraksi dalam pusingan ketiga kelayakan AFC Champions League 2020 menentang FC Tokyo pada bulan januari lepas dan tidak akan bertanding dalam saingan AFC Cup musim ini.

Penarikan diri kelab itu juga merupakan satu berita yang cukup sedih bagi peminat bola sepak di Filipina dan memberi petanda buruk kepada masa depan liga tersebut.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Gol Akrobatik Nguyen Van Quyet Tewaskan Safee Sali Dengan Kelebihan Undian Sebanyak 5%

Digelar Sebagai ‘Bacot’ Oleh Pemain Bali United, Reaksi Balas Tenang Safee Sali Bukti ‘Profesionalisme’ Tertinggi

Park Hang-seo Kongsi Kisah Bagaimana Guus Hiddink Terapkan ‘Kekuatan’ Untuk Skuad Piala Dunia 2002 Korea Selatan