Kelab bola sepak tersohor Filipina, Ceres-Negros hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan masa depan kelab tersebut yang baru-baru ini dilaporkan bakal ditutup selepas pemiliknya dikatakan jatuh muflis.

Dalam kenyataan tersebut, pihak kelab itu kini sedang mengadakan rundingan dengan beberapa pelabur baru yang berpotensi untuk mengambil alih pengurusan dan hak milik kelab menjelang persiapan musim ke-4 saingan Philippines Football League (PFL) serta sambungan baki saingan AFC Cup.

Selepas proses pengambilalihan itu dilengkapkan, kelab ini tidak lagi akan dikenali sebagai Ceres-Negros kerana pengerusi kelab ketika ini Leo Rey Yanson tidak akan terlibat dalam apa-apa aktiviti bersama kelab ini lagi.

Stephan-Schrock-Port-FC-Ceres-Negros-FC-2020-AFC-CHampions-league

Ini merupakan satu keputusan yang amat sukar untuk beliau, yang memiliki passion dalam bola sepak yang jelas dapat dilihat dengan cara beliau memberikan sumbangan peribadi dan memacu kelab sehingga ke tahap sekarang sejak ditubuhkan 8 tahun lalu.

Melalui Ceres-Negros FC juga, Leo Rey Yanson telah berjaya berkongsi cinta kepada bola sepak kepada seluruh peminat di Filipina. Dan ketika pandemik banyak memberikan kesan serta impak kepada perniagaan secara global, Ceres-Negros telah melakukan apa yang termampu untuk memberikan pampasan kepada pemain dan pekerja kelab yang lain.

093228300_1556019497-PC_34

Nama baru kelab ini dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat bersama-sama dengan pengenalan kepada pemilik dan pengurusan baru yang semua akan diuruskan oleh Ace Bright, General Manager yang akan membantu proses pengambil alihan dan proses pemindahan kepada pemilik dan pengurusan baru.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

JPN Sahkan Ada Dokumen Marcel Kalonda Tidak Sahih, FAM Tutup Terus Proses Dokumentasi

Pengurus Yangon United Berasal Dari Malaysia Kongsikan Bagaimana Kelab Itu Jana RM150,000 Sebulan Dari Aset Pasukan.

“Hadi Fayyadh Adalah Salah Satu Aktiviti CSR Kami Di Malaysia Dalam Industri Bola Sepak”