Kelab Ceres Negros membuka saingan AFC Cup 2020 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan wakil dari Kemboja Svay Rieng FC dengan keputusan 4-0 beberapa hari lalu.
Hasil kejayaan perlawanan pembukaan itu juga membolehkan mereka mengutip mata dalam AFC Club Ranking melonjak 1 anak tangga dari kedudukan 25 sebelum ini, memintas kelab dari Chinese Super League, Jiangsu Suning menurut data yang dikeluarkan oleh FootyRankings.
Pada kedudukan semasa, Ceres Negros mengumpulkan 41.86 mata dan mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kelab-kelab dari Asia Tenggara dari perspektif AFC Club Ranking 2020.
Musim ini, Ceres Negros layak ke saingan Play-Off AFC Champions League 2020 bertemu wakil Jepun, FC Tokyo, namun mereka tewas 2-0 kepada bekas kelab Yuto Nagatomo itu, seterusnya menyaksikan mereka bertanding dalam AFC Cup 2020.
Walaupun gagal beraksi dalam saingan AFC Champions League, Ceres Negros adalah merupakan antara pasukan terkuat dari ASEAN dalam kejohanan AFC Cup dimana mereka sudah 3 kali berturut-turut layak ke pusingan ASEAN Zonal Semi-Final sekurang-kurangnya dan ini banyak menyumbangkan mata kepada kedudukan AFC Club Ranking wakil dari Filipina itu.
Baca juga artikel menarik berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Ini Sebab Mengapa Liridon Krasniqi Tiada Dalam Skuad JDT Di AFC Champions League Kecuali..