Juara saingan Philippines Football League (PFL), Ceres Negros kini muncul sebagai kelab bola sepak dari Asia Tenggara yang berada dikedudukan tertinggi dalam ranking AFC Club Ranking terbaru apabila berjaya memintas kelab dari Thailand, Buriram United.

Berdasarkan kedudukan terkini yang dikeluarkan oleh FootyRankings, Ceres Negros kini mengutip 40.75 mata berada di kedudukan ke 25 di Asia, mengatasi beberapa buah kelab ternama Asia yang lain seperti Cerezo Osaka, Shanghai Shendua dan sebagainya.

Screenshot 2020-01-30 at 10.17.10 AM

Jelas bahawa prestasi yang cemerlang dalam saingan AFC Champions League serta konsistensi yang dipamerkan dalam saingan AFC Cup memberikan impak yang cukup kuat bagi kelab-kelab untuk berada ditahap sekarang.

Bagi pasukan JDT pula, mereka telah berjaya melonjak 4 kedudukan ke tempat 45 di Asia dengan kutipan 29.50 mata. Dengan peningkatan ini juga membolehkan JDT berada dalam senarai Top 5 kelab terbaik di ASEAN apabila berjaya memintas Home United dan Hanoi FC untuk berada dikedudukan ke-4 Asia Tenggara.

Screenshot 2020-01-30 at 10.19.57 AM

Berikut adalah senarai terbaru Top 5 kelab bola sepak terbaik ASEAN mengikut mata AFC Club Ranking terkini:

  1. Ceres Negros (Filipina): 40.75 mata
  2. Buriram United (Thailand): 40.67 mata
  3. Muangthong United (Thailand): 32.67 mata
  4. Johor Darul Ta’zim (Malaysia): 29.50 mata
  5. Home United (Singapura): 29.38 mata

Dari senarai Top 5 diatas dan juga di Asia Tenggara, Malaysia merupakan pasukan yang mempunyai gap paling besar diantara pasukan ranking tertinggi dari setiap negara dengan pasukan dikedudukan kedua, dimana Kedah FA sebagai pasukan kedua dibelakang JDT, berada diranking ke 126 dengan 7.45 mata – 81 perbezaan anak tangga.

Screenshot 2020-01-30 at 10.39.31 AM

Apa yang dapat kita faham dari data-data ini adalah keperluan untuk pasukan-pasukan lain untuk mengecilkan ruang gap yang ada untuk menaikkan lagi kedudukan Malaysia dalam ranking bola sepak samada AFC Club Ranking, AFC MA Ranking yang akan memberikan lebih peluang untuk pemain kita beraksi dengan pasukan lebih berkualiti di peringkat Asia.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

AFC Club Ranking: JDT Berada Dalam Top 50 Kelab Bola Sepak Terbaik Di Asia Dan Ke-6 Di Rantau ASEAN

Lihat Bagaimana Pemain Ceres-Negros Ini ‘Menyantuni’ Rakan-Rakan Komrad Ultras FC Tokyo

Pemain Kembar Posisi Pertahanan Kelab Police Tero FC Berjaya Pikat Perhatian Pasukan Shimizu S Pulse

Sumber