Pemain pertahanan Ceres-Negros, Takashi Odawara yang kembali ke Tokyo untuk berentap dengan pasukan ‘kampung halamannya’ yang disokongnya sejak kecil, FC Tokyo dalam pusingan play-off AFC Champions League 2020.
Takashi Odawara yang berasal dari Fuchu, Tokyo merupakan seorang penyokong tegar pasukan FC Tokyo bersama seluruh ahli keluarganya, buat kali pertama turun beraksi di Stadium Ajinomoto, stadium keramat pasukan mereka.
FC東京戦まであと1日!
キングオブトーキョー、アマラオ。
幼少期の自分の全て。アイドル。
彼が輝いていたピッチで必ず自分も最高のパフォーマンスを見せる。 pic.twitter.com/PdGVnmR3na— 小田原 貴 / Odawara Takashi (@odawara1203) January 27, 2020
Selepas pasukan Ceres-Negros berjaya menewaskan pasukan Port FC dari Thailand minggu yang lalu, Takashi Odawara boleh dikatakan hampir setiap hari berkongsi gambar-gambar beliau semasa kecil bersama pemain-pemain FC Tokyo sebagai inspirasi untuk dirinya menjelang perlawanan tersebut.
Dalam satu temubual yang diadakan oleh seorang peminat bola sepak Jepun bersama Takashi Odawara, beliau menyatakan bahawa semua ahli keluarganya adalah pemegang pas bermusim FC Tokyo dan mereka sentiasa hadir memberikan sokongan di Stadium Ajinomoto melibatkan pasukan itu.
ACLタイポートFC戦から1夜明け。
味スタでプレーする実感はまだ湧きません。
だって小さな時からスタンドでしか試合見たこと無いんですもん。#fctokyo pic.twitter.com/y8OOkfmvGv— 小田原 貴 / Odawara Takashi (@odawara1203) January 22, 2020
Walaupun keputusan perlawanan play-off AFC Champions League semalam tidak berpihak kepada Ceres-Negros selepas tewas 0-2, namun Takashi Odawara menerima sambutan yang cukup hebat dari komrad Ultras FC Tokyo yang melaungkan nama Odawara selepas tamat perlawanan.
Takashi Odawara yang merupakan salah seorang dari komrad itu datang berdiri dihadapan kawasan Ultras FC Tokyo dan mengetuai aksi ‘trademark’ mereka bersama seluruh Ultras FC Tokyo di curva.
応援して頂いたみなさんへ
昨夜の試合での怪我は幸いにも数針縫うだけで済みました。
ご心配おかけしました。
そして試合後にFC東京サポの皆様の前に挨拶に行けた事、東京サポは僕の中で日本1だと再認識しました。
自分の誇りであるクラブが世界の舞台で活躍することを心より応援しています。 pic.twitter.com/SDn9yo81h7— 小田原 貴 / Odawara Takashi (@odawara1203) January 28, 2020
Bagi Takashi Odawara, ini adalah kali pertama beliau turun beraksi di Stadium Ajinomoto dan lebih menarik sebagai pemain lawan serta berdepan dengan penyokong lawan yang sebenarnya rakan-rakan seperjuangan beliau akan menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Ceres Negros Terlepas Khidmat Stephan Schröck Berdepan FC Tokyo Akibat Penggantungan 2 Kad Kuning
Kelab Tokyo Verdy Mempunyai 68 Rakan Penaja, Bagaimana Mereka Menguruskan Semua Penaja Ini?