Nama Park Hang-seo mungkin peminat bola sepak di Asia Tenggara tidak ramai tahu sebelum beliau membimbing skuad Vietnam dan berjaya membawa beberapa kejayaan dalam tempoh yang singkat.
Namun, Park Hang-seo cukup terkenal di Korea Selatan dan beliau merupakan salah seorang dari 2 pembantu Guus Hiddink ketika pasukan Korea Selatan berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2022.
Ketika beliau ditemu bual oleh pihak AFC berkenaan perlawanan Korea Selatan berdepan Sepanyol 18 tahun yang lalu, Park Hang-seo menyebut bahawa;
“Bukan mudah untuk memilih saat yang mengagumkan ketika kejohanan Piala Dunia 2022 kerana kejohanan itu sebenarnya pengalaman paling indah dalam hidup saya. Bukan sahaja penting malahan amat beremosi.”
“Bila saya fikir mengenai Piala Dunia 2002, saya rasa cukup bertuah dan gembira. Apa pun kejohanan itu memiliki makna tersendiri untuk saya dan negara.”
Park Hang-seo juga menyatakan ketika Guus Hiddink dilantik sebagai ketua jurulatih Korea Selatan, tiada orang yang percaya dia mampu melakukan sesuatu seperti yang dijanjikannya sebelum kejohanan bermula.
“Selepas Hiddink dilantik sebagai ketua jurulatih, dia menegaskan bahawa Korea Selatan akan mencipta kejutan kepada dunia tetapi tiada siapa yang percaya. Ketika Piala Dunia 2002, sasaran adalah untuk layak ke pusingan kalah mati kerana sebelum itu Korea Selatan tidak pernah lepas peringkat kumpulan.”
“Tiada siapa pun yang dekat dengan beliau percaya dengan apa dia katakan.”
Dengan barisan pemain seperti Park Ji-sung, Ahn Jun-hwang, Choi Yong-soo serta Hong Myung-bo, Korea Selatan layak ke peringkat kalah mati selaku juara kumpulan. Mereka menewaskan Poland 1-0, seri dengan USA 1-1 dan mengalahkan Portugal 1-0.
Pada peringkat seterusnya Korea Selatan berdepan cabaran cukup hebat dari pasukan Itali. Guus Hiddink sedar skuad Itali adalah jauh lebih superior berbanding Korea Selatan dari segi fizikal dan taktikal.
Walaubagaimanapun, Park Hang-seo mendedahkan bahawa Guus Hiddink mempersiapkan pasukan dengan pendekatan yang berbeza untuk skuad itu melakukan kejutan.
“Ketika melakukan persiapan untuk perlawanan itu, Hiddink memberikan fokus kepada aspek mentaliti berbanding arahan teknikal kepada pemain. Perkara ini diterapkan kepada setiap pemain untuk mempertingkatkan confidence dalam diri mereka.”
Pendekatan ini berjaya membantu Korea Selatan mengatasi semua halangan termasuk faktor fizikal untuk mencipta pencapaian hebat dari sebuah pasukan Asia.
Park Hang-seo juga menambah, Guus Hiddink telah memberikan pengaruh hebat dalam kariernya;
“Saya banyak belajar dari Hiddink. Anda boleh namakan beberapa orang yang faham budaya dimana dia bekerja. Dia menghormati Korea Selatan, negara ini dan budayanya. Dia bekerja keras untuk mempelajari budaya bola sepak Korea yang banyak membantu memudahkan dia memindahakan kepakarannya kepada pemain dan pembantu dalam pasukan.”
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Projek ‘Derma’ Urawa Reds Berjaya Kumpulkan Dana Berjumlah RM1.43 Juta Dalam Tempoh 24 Jam.
Skuad FIFA Ranking 96 Dunia Uji Vietnam Sebelum Berdepan Malaysia Di Bukit Jalil
Ubi Muda Malaysia, Allee Putra Sah Sertai Akademi Bolasepak Antarabangsa FC Malaga City, Sepanyol