Skuad kebangsaan Korea Selatan yang baru sahaja mencatatkan kemenangan keatas Qatar 2-1 dalam perlawanan antarabangsa, kini berdepan dengan kebimbangan serius selepas seorang pemain dan pegawai mereka disahkan positif COVID-19.
Penjaring gol pertama dalam perlawanan bertemu Qatar iaitu Hwang Hee-chan disahkan positif apabila menerima keputusan ujian yang dijalankan selepas perlawanan itu.
Dengan pengesahan itu juga menjadikan secara keseluruhannya 10 individu termasuk pemain dan pegawai pasukan kebangsaan Korea Selatan dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 5 hari dari kes positif pertama dikesan!
Minggu lepas, 4 orang pemain dan seorang pegawai pasukan diuji positif dan ujian seterusnya selepas itu turut merekodkan 2 lagi pemain serta seorang pegawai pasukan positif COVID-19.
Two more COVID-19 infections reported from S. Korean nat'l football team https://t.co/47wFiQcoPD
— Yonhap News Agency (@YonhapNews) November 18, 2020
Pastinya perkara ini mencetuskan kebimbangan dikalangan mereka yang terlibat dalam perlawanan itu terutamanya pemain dan pegawai kedua-dua pasukan yang berisiko tinggi dijangkiti virus tersebut.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.