Bekas pengurus RB Leipzig, Ralf Rangnick, dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dengan Manchester United untuk menjadi pengurus interim.

Ini bukanlah kali pertama Ranganick berunding dengan hierarki Old Trafford. Sebelum ini dua kali beliau sudah berbincang dengan Ed Woodward. Namun dua rundingan itu Rangnick gagal.

Kerana yang pertama, Man United memilih Louis Van Gaal sebagai pengurus. Dan rundingan kedua, dia kalah kepada Jose Mourinho.

Dipetik daripada David Ornstein dari The Athletic, pengurus berusia 63 tahun itu bersetuju dengan tawaran Man United untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai interim sahaja buat masa ini.

“Manchester United telah mencapai persetujuan dengan Rangnick sebagai jurulatih sementara,” lapor The Athletic.

Rangnick sebelum ini sudah berunding dengan Man United untuk menggantikan Ole, namun rundingan gagal kerana dia tidak mendapat jaminan dalam beberapa perkara termasuk beberapa kuasa dan konsultansi di masa akan datang.

Seterusnya United datang dengan tawaran kedua dan bersetuju dengan beberapa syarat diminta Rangnick. Ini selepas United kesulitan mendapatkan pengurus interim yang lain atas pelbagai alasan.

Mauricio Pochettino menyatakan dia tak berminat dengan jawatan interim sahaja. Namun United menetapkan pendirian bahawa mereka tetap mahukan pengurus interim untuk mengharungi baki musim ini.

Namun begitu, Rangnick masih perlu melepaskan jawatannya di Lokomotiv Moscow dan kelab itu masih perlu mencapai kesepakatan penamatan kontrak.

Ini kerana Rangnick bekerja di Lokomotiv Moscow sebagai pengarah sukan dan pembangunan kelab.

https://twitter.com/WholeLottaLyes/status/1463896152021999617

Rangnick berkemungkinan besar tidak dapat mengendalikan Man United ketika berkunjung ke Chelsea pada hujung minggu ini kerana ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan termasuk isu permit kerja.

Sebelum ini Ragnick pernah bekerja dengan RB Salzburg dan RB Leipzig. Dan berjaya membangunkan ramai bakat muda berbakat besar termasuk Erling Haaland, Timo Werner, Sadio Mane, Naby Keita, Dayot Upamecano dan juga ramai lagi.

Beliau menjadi individu penting dalam pembangunan bakat dan DNA taktikal di kelab kelab tersebut.

Kini Rangnick sedia untuk cabaran baharu. Bekerjasama dengan bintang seperti Cristiano Ronaldo dan pemain pemain muda seperti Jadon Sancho, Mason Greenwood dan Marcus Rashford.