Harry Kane sedia lanjutkan lagi kontrak bersama Spurs. Pemain itu dilaporkan menjadi sasaran utama Erik Ten Hag untuk dibawa masuk ke Old Trafford musim hadapan.
Baca Juga:
- Hojbjerg: Meragui Harry Kane Satu Kesilapan Besar, Dia Adalah Mesin Gol
- Harry Kane: Kegagalan Ini Memang Menyakitkan
- England vs Perancis: Kane Robek Jiwa Penyokong Three Lions, Les Blues Ke Separuh Akhir
Dengan Kane sebelum ini menangguhkan lanjutan kontrak dengan Tottenham kerana mahu melihat di mana kelab itu akan menamatkan musim ini.
Kane mahu bermain di UCL pada musim akan datang.
Harry Kane pernah menjadi sasaran Manchester City dan hampir berpindah ke kelab itu musim lalu.
Namun perpindahan dihalang oleh Daniel Levy yang enggan membenarkan pemain itu menyertai mana mana kelab di England dengan sebarang nilai sekalipun.
Kane yang menagih janji kelab untuk membenarkannya pergi jika berterusan tidak memenangi trofi, malah sudah mengucapkan selamat tinggal kepada peminat pada akhie musim 2020/21.
Man City dikatakan sedia membayar GBP100 juta untuk Kane. Namun tetap ditolak Spurs.
Man United juga sudah beberapa kali dikaitkan dengan Harry Kane.
Dengan kelab itu sedia mendapatkan Kane untuk musim hadapan. Di mana pemain itu dianggap paling sesuai dengan sistem Erik Ten Hag.
Man Utd interested in Harry Kane this summer. Story with @ChrisWheelerDM https://t.co/LZp2BKsu8g
— Sami Mokbel (@SamiMokbel81_DM) January 20, 2023
Dia menjadi penyerang yang sangat serba boleh dalam beberapa musim ini. Bukannya sekadar menunggu dalam kotak penalti.
Kane turut menarik minat banyak kelab lain termasuk Bayern dan juga kelab dari negara lain.
Namun Kane sentiasa mahu terus kekal di England dan mahu menamatkan kariernya di atas Alan Shearer sebagai penjaring terbanyak EPL.
Man United yang mendapatkan Weghorst sebagai pelan jangka pendek untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Cristiano Ronaldo. Mengenalpasti Harry Kane calon terbaik kerana kontrak pemain itu akan berakhir pada musim panas 2024.
Kane ketika ini menerima £200 ribu seminggu di Spurs. Dan Man United sedia memberikan tawaran lebih besar memandangkan mereka boleh mendapatkan pemain itu secara percuma.
Kini David Ornstein dari The Athletic melaporkan Kane sudah sedia untuk lanjutkan kontrak bersama Spurs.
Sejak 2021, tiada rundingan rasmi dibuat antara pihak Kane dan kelab kerana pemain itu tidak berminat untuk berbicara soal kontrak baharu.
🚨 EXCL: Harry Kane open to signing new contract at Tottenham. No dialogue since summer 2021 but talks planned for after Jan window. If circumstances right, possible 29yo will now extend past 2024. Striker’s priority is to succeed with #THFC @TheAthleticFC https://t.co/aSnuYBX4mE
— David Ornstein (@David_Ornstein) January 23, 2023
Walaupun tiada lagi kesepakatan rasmi dicapai, adakah anda rasa Kane membuat pilihan tepat terus kekal di Spurs?