Harry Kane dilaporkan sudah memberitahu Tottenham bahawa beliau mahu meninggalkan pasukan tersebut pada akhir musim ini. Dan sebenarnya ini bukan pertama kali Kane berbuat demikian, namun dia seringkali mengubah keputusannya untuk terus kekal ketika Spurs menyatakan dia bukan untuk dijual.
Situasi Kane kini membuatkan Spurs sedang menganalisis opsyen pengganti kepada timbalan kapten kelab tersebut sekiranya perkara itu benar benar berlaku.
Spurs seperti sebelum ini, menegaskan bahawa mereka tidak mahu menjual pemain tersebut. Tetapi berita tentang Kane mahu angkat kaki membuatkan beberapa kelab terutama sekali gergasi Inggeris seperti Man United, Man City dan Chelsea bersedia untuk menawarkan kontrak kepada pemain itu.
Kane pernah memberitahu bahawa beliau tidak pernah menutup pintu untuk cabaran baharu di kelab lain. Spurs sekali lagi menamatkan musim tanpa trofi. Dan ianya membuatkan Kane mahu mencari kelab yang lebih menjanjikan kejayaan untuknya.
Tetapi Kane lebih memilih untuk terus kekal beraksi di England, walaupun kelab seperti Real Madrid dan PSG turut dikaitkan dengan Kane.
Harry Kane has told Tottenham Hotspur that he wants to leave the club this summer and stay in the Premier League | @Matt_Law_DT https://t.co/OI2cy9tD86
— Telegraph Football (@TeleFootball) May 17, 2021
Laporan dari UK juga menyebut, Kane agak tidak yakin dengan apa yang berlaku di Spurs pada ketika ini. Dilihat kelab sedang mengambil langkah ke belakang. Kane juga tidak gembira ketika Spurs memecat Pochettino sebelum ini.
Kelab kemudian melantik Jose Mourinho. Harry Kane terus cemerlang di bawah Mourinho. Namun pengurus tersebut juga dipecat.
Manchester City dan Chelsea boleh dianggap sebagai dua kelab yang lebih memerlukan Kane berbanding United. Manchester United bukannya baru dikaitkan dengan Kane, malah sudah beberapa tahun.
Tetapi kelab tersebut sudah melanjutkan kontrak Edinson Cavani dan dikatakan lebih fokus kepada pembelian pemain pertahanan.
Chelsea masih mencari penyerang yang prolifik. Manakala City mahu menggantikan Aguero. Pemain seperti Haaland dan Lukaku juga dikaitkan dengan City dan Chelsea.
Koresponden Paul Gimour menjelaskan, Kane sangat inginkan trofi major dalam kariernya selepas berjaya menerima anugerah pemain terbaik tahunan dalam Anugerah Bola Sepak London bulan lalu.
Selain itu, Gilmour turut memberitahu bahawa Kane mahu bermain di pentas UCL. Jadi destinasi beliau seterusnya akan bergantung kepada pasukan yang akan berkais di UCL.
Kontrak semasa Kane akan berakhir pada 2024. Beliau yang berusia 27 tahun dinilai oleh CIES dengan harga £97 juta sebelum ini.
Harry Kane yang merupakan kapten England dianggap sebagai pemain paling malang yang tidak pernah memenangi sebarang trofi dalam karier profesional selepas menjaringkan gol yang sangat banyak dalam kariernya.
Baca juga artikel
Chelsea Tewas Dalam Final Liga Juara Juara Eropah, Barcelona Julang Kejuaraan Sulung