Bola sepak masih sukan nombor satu dunia. Salah satu daripada sebabnya adalah banyak momen dramatik dan yang luar biasa kadangkala disebut gila – berlaku.

Dalam aksi Liverpool menentang West Brom, Liverpool dalam misi wajib menang. Sebarang keciciran mata akan membuatkan mereka gagal ke UCL musim hadapan.

Harapan ke UCL itu kembali hidup apabila Chelsea keciciran mata sebelum ini. Dan kemenangan Liverpool ke atas Man United dalam aksi derbi barat laut yang panas.

Bertempat di The Hawthorns, Liverpool dominan sepanjang malam. Namun bola sepak itu kekadang kejam dan terasa tak adil. Di sebalik dominasi Liverpool dan aksi yang cantik mereka, West Brom terlebih dahulu di hadapan menerusi Hal Robson Kanu pada minit ke-15.

Namun penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah memastikan pasukannya menyamakan kedudukan pada minit ke-33.

West Brom mengekalkan taktikal yang sama pada separuh masa kedua. Mereka bertahan dan cuba mengecewakan Liverpool dengan taktikal berkampung di kawasan sendiri.

West Brom malah mendapat gol menerusi sepakan penjuru. Namun gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Liverpool terus bergelut sepanjang malam. 20 percubaan hanya 4 tepat dicatatkan menjelang minit ke-90.

Pengadil kemudian memberikan sepakan penjuru pada minit akhir perlawanan. Itulah peluang terakir Liverpool untuk menghidupkan kembali impian mereka ke UCL musim hadapan selepas musim yang penuh krisis prestasi.

Bermula daripada sepakan penjuru Trent Alexander Arnold, Alisson meliukkan badannya untuk melakukan flick header. Dan ianya menggegar jaring.

https://twitter.com/i/status/1393987054640447491

Kesemua orang di dalam stadium seolah olah tidak percaya. Alisson sendiri menitiskan air mata kegembiraan. Beliau menjadi penjaga gol Liverpool pertama menjaringkan gol kompetitif.

Selepas tamat perlawanan Alisson menyatakan bahawa dia terkenangkan mendiang ayahnya ketika momen magis seperti itu berlaku.

Ayahnya meninggal tahun lalu kerana lemas. Alisson ketika itu tidak dapat menghadiri upacara pengkebumian ayahnya kerana larangan rentas negara sebab covid-19.

Liverpool kini berpeluang sekali lagi untuk menamatkan musim di 4 teratas. Mereka bergantung kepada keputusan yang mereka cipta dalam dua perlawanan terakhir. Kerana selepas ini Chelsea akan berhadapan dengan Leicester.

Dua perlawanan terakhir Liverpool adalah menentang Burnley dan Crystal Palace.

Baca juga artikel

Media Pro Palestine Puas Fofana & Choudhury Kibar Bendera Palestin, Tamparan Kepada Abramovich

Arsenal & Penaja Buat Mesyuarat Tergempar Kerana Ciapan Elneny Yang Menyokong Palestine

Hadiah Kemenangan UCL Dikurangkan Kerana Potong Kos Tukar Venue Ke Portugal