Dua pemain Leicester, Hamza Choudhury dan Wesley Fofana meraikan kejayaan menjuarai Piala FA dengan mengibarkan bendera Palestin. Duta Palestin ke UK, Husam Zomlot mewakili rakyat Palestin menyampaikan penghargaan dan terima kasih beliau.
Husam berkata: “Izinkan saya, mewakili kerajaan Palestin dan rakyatnya, untuk memanjangkan rasa penghargaan tak terhingga di atas kejayaan kamu menjuarai Piala FA.”
“Hamza Choudhury dan Wesley Fofana menggunakan detik bersejarah itu untuk menunjukkan solidaritinya dengan mengibarkan bendera Palestine.”
Letter to Hamza Choudhury and Wesley Fofana, Leicester Football Club, who used the occasion of the FA cup triumph to show solidarity with the Palestinian people 🇵🇸🙏🏽✌🏽✊
@Wesley_Fofanaa@HamzaChoudhury1@LCFC
#SavePalestine #Jerusalem #GazaUnderAttack pic.twitter.com/1gSm7tJnH8— Husam Zomlot (@hzomlot) May 15, 2021
“Bagi mereka mereka yang dikepung, diduduki dan dibom, hanya kerana mereka berani memperjuangkan hak mereka, mesej yang anda lakukan ini tidak mungkin akan ada waktu yang lebih tepat dan dihargai.”
Pada awal hari ini juga, puluhan ribu penunjuk perasaan di London turun ke jalan untuk memprotes pencerobohan Israel dan sasaran penunjuk perasaan di Tebing Barat.
Di mana mereka mengangkat plaka tertulis “Berhenti mengebom Gaza” dan “Free Palestine.”
Media pro pembebasan Palestine, Middle East Eye menyatakan mereka berpuas hati melihat dua pemain tersebut mengibarkan bendera Palestin. Ini kerana pemilik Chelsea, Roman Abramovich dipercayai menjadi penyumbang terbesar dana kepada Elad.
Aksi final semalam dan tunjuk perasaan di London adalah pada hari ulang tahun Nakba, ataupun hari Bencana bagi orang Palestine. Di mana pada tahun 1948, ketika itu, lebih dari 800,000 orang Palestin dihalau dari rumah mereka untuk memberikan ruang kepada pembentukan ‘negara’ Israel.
Leicester City footballers Hamza Choudhury and Wesley Fofana celebrated their FA Cup final victory over Chelsea by waving the Palestinian flag after the final whistle https://t.co/r9mKryLyjg
— Middle East Eye (@MiddleEastEye) May 16, 2021
Selama seminggu yang lalu, pasukan tentera Israel telah memimpin kempen serangan terhadap penunjuk perasaan Palestin, termasuk menyerbu Masjid al-Aqsa.
Minggu ini, tunjuk perasaan sebagai solidariti buat Palestin juga berlaku di seluruh dunia, termasuk di New Zealand, Itali, Iraq, Jerman, Syria. Sementara itu, di Perancis, protes yang dirancang telah dilarang oleh kerajaan.
Tindakan Fofana dan Choudhury itu dianggap sangat ironik kerana Roman Abramovich pernah dilaporkan menyumbangkan dana lebih dari $100 juta kepada organisasi Israel yang telah dituduh memindahkan keluarga Palestin dari Jerusalem.
Organisasi tersebut mahu membentuk pertempatan baharu bagi orang Israel. Dan ianya mendapat bantahan keras daripada ramai pihak.
Dokumen tentang sumbangan Abramovic itu didedahkan oleh media yang berpangkalan di Gaza sendiri. Bangunan tersebut baru digempur dan dihancurkan Israel.
Are we talking about this? https://t.co/XOKnUIS26s
— Vinaya Gopaal (@ZorVinZ) May 15, 2021
Di mana dokumen 22,000 muka surat itu membongkar bahawa laporan kewangan itu dihantar ke sebuah lagi organisasi di Amerika Syarikat dari tahun 2000-2017.
Dalam dokumen tersebut terdapat penyata bank menunjukkan 4 syarikat yang di bawah Abramovich menderma $100 juta kepada Elad – sebuah pertubuhan sayap kanan Israel – yang sedang berusaha memperkuatkan lagi pengaruh Israel di Jerusalem.
Also, Roman Abramovich, one of the Russian oligarchs, is the biggest donor of ELAD, a settler organisation. https://t.co/xykzHX9pKP
— Stultum facit fortuna, quem vult perdere (@FairishGodmum) May 11, 2021
Elad menggunakan pelbagai cara untuk memastikan cita cita itu tercapai. Dan mereka sudah memulakan operasi itu sejak berdekad dekad lamanya.
Elad merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab dalam pengusiran rayat Palestine di beberapa tempat termasuk pengusiran 55,000 orang Palestin dari Silwan pada 1967.
Abramovich, yang menjadi warganegara Israel sepenuhnya pada tahun 2018, mempunyai kekayaan yang dianggarkan antara sehingga $13 billion, menurut akhbar Israel Haaretz. Dia mendapat kerakyatan itu kerana susur galur keturunan nenek moyangnya merupakan orang Yahudi.
Dasar pemberian kerakyatan Israel sangat terbuka memberikan kerakyatan kepada mereka yang berpengaruh seperti Abramovich. Lebih lebih lagi mereka yang memang ada darah Yahudi.
Tanah Palestin secara berterusan telah dirampas oleh pemerintah Israel untuk membuat taman nasional, dengan sokongan kumpulan seperti Elad.
Taman Nasional Kota David, yang dibiayai dan dikelola oleh Elad, merangkumi kawasan kejiranan Palestin Wadi Hilweh yang padat penduduknya, yang menempatkan lebih dari 4,000 penduduk Palestin yang dilarang melakukan sebarang pembinaan atau pengubahsuaian di kediaman atau harta tanah mereka tanpa izin.
https://twitter.com/BDS4Justice/status/1393635290229755908
Sebelum ini petunjuk perasaan pro Palestin pernah cuba menceroboh pusat sukan kelab tersebut.
https://twitter.com/JakeWSimons/status/1392502265433493507
Baca juga artikel
Arsenal & Penaja Buat Mesyuarat Tergempar Kerana Ciapan Elneny Yang Menyokong Palestine
Ole Jadikan Ketiadaan Maguire Alasan Kekalahan United, Namun Roy Keane Kata Tiada Kaitan