Thomas Tuchel terpaksa menelan kekalahan final pertamanya bersama dengan Chelsea. Dan pengurus dari Jerman itu memberikan komen beliau kepada kekalahan mereka.

Melihat prestasi Chelsea secara keseluruhan, Tuchel menyatakan beliau tidak ada masalah dengannya. Chelsea tenryata menyerang dengan baik namun nasib tidak menyebelahi, kata Tuchel.

Sebaliknya Tuchel berpendapat bahawa lawan mereka mendapat gol nasib daripada Tielemans.

Tielemans.Leicester.TEAMtalk

“Sudah tentu kami kecewa tetapi kami tidak marah, tidak kecewa dengan persembahan kami dan tidak kecewa dengan pemain pemain kami,” tegas Tuchel.

“Saya rasa prestasi dalam permainan ini sudah cukup bagus untuk memenangi perlawanan.”

“Hari ini kita tidak bernasib baik, kita tidak pernah menyembunyikan hakikat bahawa anda memerlukan nasib untuk menang di tahap ini.”

“Sepanjang masa anda memerlukan momentum tertentu, anda memerlukan sedikit perincian dan membuat keputusan.”

“Kami bertahan dengan baik. Kami sangat agresif di serangan balas, kami bertahan dengan baik untuk perebutan bola di udara, dan tidak membenarkan serangan balas dari salah satu pasukan serangan balas yang paling berbahaya di Eropah, dan kami tidak membiarkan mereka mendapat separuh peluang [half chance] atau peluang yang terhidang.”

“Saya sangat gembira dengan kadar kerja dan intensiti pemain. Tetapi beberapa situasi ketika membuat keputusan pada babak pertama agak sukar, kami terlalu ‘direct’ ketika menyerang.”

“Kami ingin mendesak untuk mendapatkan penyelesaian dengan sangat cepat. Kami mengalami beberapa siri kehilangan bola yang tidak perlu dan beberapa keputusan yang tidak tepat, kerana kami membuat situasi dua lawan dua dan tiga lawan tiga yang lebih menjanjikan sesuatu berbanding dengan mereka.”

“Kami mencipta peluang untuk Azpilicueta pada babak pertama, mungkin peluang terbesar dalam keseluruhan permainan. Pada babak kedua kami mengawal perlawanan lebih tinggi dan sepenuhnya di kawasan lawan.”

“Kami kemudian melepaskan gol dari kedudukan yang tidak dijangka. Itu adalah gol yang hebat tetapi tentu sahaja itu gol nasib.”

“Kemudian kami ada peluang keemasan menerusi Mason dan penyelamatan yang hebat oleh Schmeichel, dan kemudian gol ofsaid yang sangat ‘sedikit’ sahaja [ofsaid].”

”Semasa anda berada di final, anda tidak dapat menjamin bahawa anda akan mendapat piala. Saya fikir kita semestinya menang tetapi tidak mengapa, kita perlu menerima bahawa kita tidak bernasib baik hari ini.”

Ini adalah kali kedua berturut turut Tuchel menyatakan bahawa pasukan lawan menang kerana nasib.

Sebelum ini, beliau melabel kemenangan Arsenal juga sebagai kemenangan nasib semata mata, kerana menurutnya Arsenal tidak berhak menang berdasarkan persembahan dalam perlawanan tersebut.

Baca juga artikel

Arsenal & Penaja Buat Mesyuarat Tergempar Kerana Ciapan Elneny Yang Menyokong Palestine

Piala FA: Screamer Tielemans Dan Drama VAR Kecewakan Chelsea

Hadiah Kemenangan UCL Dikurangkan Kerana Potong Kos Tukar Venue Ke Portugal