Chelsea dan Manchester City akan bertarung untuk mendapatkan trofi UCL pada akhir musim ini. Namun hadiah kemenangan untuk UCL akan dikurangkan. Ini kerana UEFA telah memotong sebahagian daripada wang tersebut untuk menanggung kos pertukaran venue ke Portugal.
Chelsea dan City akan beraksi dalam final all England. Ini selepas City menyingkirkan PSG, manakala Chelsea pula menyingkirkan juara 13 kali, Real Madrid.
Venue final UCL musim ini dipindahkan dari Istanbul ke Portugal. Ini selepas situasi covid-19 di Turki yang memberikan banyak kekangan perjalanan kepada penyokong serta prosedur kesihatan lebih ketat.
UEFA masih mahu terus dengan idea untuk memastikan aksi final musim ini akan dilangsungkan dalam keadaan stadium berpenonton.
#Chelsea and Man City will be competing for less prize money in the #UCLfinal as UEFA’s prize fund has been reduced by the costs incurred in moving the match to Porto. [@MailSport]
— Talk Chelsea UK (@TalkChelseaUK) May 15, 2021
Jadi Estadio Do Dragao menjadi pilihan terbaik. Kerana situasi covid di Portugal lebih terkawal. UEFA sudah berbincang dengan pemerintah Portugal tentang perkara tersebut.
Kerajaan Portugal sudah memberikan lampu hijau untuk menerima masuk 8,000 orang penyokong ke dalam stadium, walaupun melarang aksi final Piala Portugal daripada stadium berpenonton.
Our #UCL final against Manchester City will now take place in Portugal. 🤝
— Chelsea FC (@ChelseaFC) May 13, 2021
Sebelum ini Florentino Perez mengutuk UEFA yang menurutnya terlalu kedekut memberikan hadiah wang kemenangan sehinggakan liga seperti liga Inggeris, lebih besar bonus mereka daripada UCL walaupun pasukan tersebut tak juara EPL sekalipun.
Perez menuduh UEFA tak transparen dalam kewangan. Dengan berita ini, mungkin Perez akan bising lagi?
City dalam misi menamatkan musim ini dengan treble. Manakala Chelsea mahu menamatkan musim mereka dengan double. Awal pagi esok, waktu Malaysia, Chelsea akan berhadapan dengan Leicester dalam aksi final Piala FA,
Baca juga artikel
Ole Jadikan Ketiadaan Maguire Alasan Kekalahan United, Namun Roy Keane Kata Tiada Kaitan
UCL: Aksi Final Bukan Di Turki Ataupun Di England, Tetapi Di Portugal