Leicester berjaya menewaskan Chelsea dalam aksi final Piala FA. Jaringan tunggal oleh Youri Tielemans memberikan kejuaraan berharga buat skuad bimbingan Brendan Rodgers.
Chelsea turut dengan harapan yang tinggi selepas prestasi cemerlang mereka sejak di bawah Tuchel. Namun sebelum perlawanan ini mereka kalah di tangan Arsenal dalam saingan derbi London.
Aksi Piala FA kali ini di Wembley dengan adanya penyokong yang masuk.
Hasrat Chelsea untuk menamatkan musim ini dengan double tidak menjadi kenyataan. Mereka bergelut dengan isu kreativiti sepanjang separuh masa pertama.
Namun Chelsea ternyata memperbaiki corak permainan mereka pada separuh masa kedua.
Malangnya, Leicester pula yang di hadapan menerusi gol Tielemans yang merembat deras dari luar kotak penalti menewaskan Kepa Arrizabalaga.
44 – Leicester City are the 44th different side to win the FA Cup, and the first first-time winners of the competition since Wigan Athletic in 2013. Jubilation. #FACupFinal pic.twitter.com/wMkj6zyhZ2
— OptaJoe (@OptaJoe) May 15, 2021
Chelsea mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan Chilwell namun Kasper Schmeichel melakukan penyelamatan luar biasa.
Tidak lama selepas itu, Kasper dipaksa melakukan satu lagi save menyelamatkan percubaan Mason Mount.
Pada minit akhir perlawanan, jantung penyokong Leicester seakan akan terhenti apabila Ben Chilwell menyumbat masuk gol selepas sepakan Soyuncu terbias padanya.
Kegembiraan penyokong Chelsea tak lama, kerana VAR membatalkan gol tersebut.
Tamat perlawanan, Leicester menang 1-0. Chelsea masih ada 1 final lagi iaitu final paling besar untuk mereka dalam beberapa musim ini iaitu UCL.
1 – Brendan Rodgers is the first manager to win both the English and Scottish FA Cup since Sir Alex Ferguson (four Scottish FA Cup titles with Aberdeen and five English FA Cup titles with Man Utd). Collection. #FACupFinal pic.twitter.com/FxNjzzxqsC
— OptaJoe (@OptaJoe) May 15, 2021
Kedua dua pasukan masih perlu berebut untuk slot 4 teratas.