Trofi La Liga musim ini akan terus kekal di bandar Madrid. Namun tidak pasti sama ada akan terus kekal di Real Madrid ataupun berpindah milik ke sebelah lagi, Atletico Madrid.

Atletico menang dengan cara sangat dramatik untuk memastikan mereka kekal memimpin carta liga menjelang perlawanan terakhir. Manakala kekalahan Barca membuatkan mereka rasminya tersingkir daripada persaingan kejuaraan.

Real Madrid memenangi perlawanan menentang Athletic Bilbao untuk memastikan mereka kekal bersaing sehingga ke hari terakhir.

Real Madrid hampir muncul sebagai pendahulu carta liga, di mana mereka menang 1-0 ke atas Bilbao. Pada masa yang sama Atletico berada dalam keadaan ketinggalan 0-1 dari Osasuna.

Namun, Atletico dapat mengubah keadaan ketika dalam 10 minit terakhir, mereka berjaya mendapatkan dua gol untuk memenangi perlawanan 2-1.

Agak ironi gol kemenangan Atletico adalah dijaringkan pemain yang dibuang Barcelona, kerana menurut Koeman, Luis Suarez sudah terlalu ‘tua’ untuk beraksi di peringkat tertinggi.

Suarez malah menangis teresak esak dipaksa mencari kelab baharu oleh Ronald Koeman yang menyingkirkan dengan hanya menerusi sms. Itu lagi kejam.

Barcelona mungkin sudah membuat silap besar melepaskan Suarez ke seteru La Liga mereka. Suarez menjadi pemain yang membuatkan Atletico musim ini menjadi pendahulu liga sejak awal musim.

Hasil daripada kejayaan mengutip tiga mata ini, Atletico kekal di tangga teratas dengan 83 mata. Sementara itu Real Madrid di tempat kedua dengan 81 mata.

Jadi, perlawanan terakhir minggu depan akan menentukan gelaran Liga Sepanyol 2020/2021. Atletico harumemenangi perlawanan terakhir menentang Real Valladolid jika mereka mahu memuktamadkan gelaran liga tanpa perlu memikirkan keputusan melibatkan Real Madrid.

Sementara itu, Madrid juga wajib menang di tempat lawan Villarreal pada perlawanan terakhir. Tetapi Real Madrid perlu mengharapkan Atletico keciciran mata. Jika Atletico seri dan Madrid menang, mereka akan juara berdasarkan peraturan rekod pertemuan.

Pesaing ketiga pada aksi ke-37, Barcelona, ​​akhirnya menyerah kalah dalam perlumbaan merebut gelaran liga, yang sebenarnya nampak memang mustahil. Salah mereka sendiri gagal memanfaatkan beberapa peluang ketika Atletico keciciran mata.

Dalam 4 perlawanan terakhir Barca keciciran 10 mata. Ini termasuk 3 kali mereka kalah daripada kedudukan mendahului dalam 18 hari terakhir.

https://twitter.com/Lionel10Team/status/1393999363005947904

Barcelona dimalukan Celta Vigo dengan kekalahan 1-2. Barcelona malah tidak berpeluang lagi untuk menjadi naib juara sekalipun. Mereka boleh terjerumus ke tangga keempat jika kalah dan Sevilla menang.

Baca juga artikel

EPL: Detik Magis, Alisson Tanduk Gol Kemenangan Saat Akhir

Media Pro Palestine Puas Fofana & Choudhury Kibar Bendera Palestin, Tamparan Kepada Abramovich

Arsenal & Penaja Buat Mesyuarat Tergempar Kerana Ciapan Elneny Yang Menyokong Palestine