England dan beberapa lagi negara akhirnya akur dan tidak akan memakai lilitan pelangi di Qatar.
Baca Juga:
- Piala Dunia 2022: Southgate Sahkan England Akan Berlutut, Kane Mahu Pakai Lilitan Pelangi
- Ini Kesebelasan Daripada Pemain England Yang Tidak Dipanggil
- Kane Nekad Pakai Lilitan Pelangi Di Qatar 2022 Walaupun Dilarang FIFA Sekalipun
Piala Dunia 2022 sudah pun memulakan saingannya. Dengan 1 perlawanan berlangsung semalam menyaksikan tuan rumah Qatar, tewas di tangan Ecuador.
Namun tumpuan adalah pada hari kedua pertandingan. Kerana England akan memulakan kempen mereka.
Bukan sahaja kerana mahu melihat bintang bintang EPL beraksi, malah peminat mahu melihat kapten England, Harry Kane yang sedia menerima cemuhan di Qatar kerana dia bertegas nak memakai lilitan pelangi.
Sebelum ini ada enam negara yang mencetuskan idea mahu memakai lilitan pelangi di Qatar tanda sokongan kepada golongan terpinggir LGBT, lebih lebih lagi negara tersebut mengharamkan hubungan sejenis. Kempen itu disebut sebagai OneLove.
Mereka adalah Jerman, Belanda, Perancis, Belgium, Denmark dan Switzerland. Pakatan tersebut turut disokong beberapa negar eropah lain termasuk Wales.
Perancis menarik diri daripada melakukannya beberapa hari lalu selepas Hugo Lloris mendapat tahu bahawa kesalahan LGBT adalah satu jenayah di Qatar.
Lloris berkata dia akan menghormati undang undang negara tempat dia bertamu. Sebagaimana mereka di Perancis mahu orang luar yang bertamu ke negara mereka menghormati undang undang negara mereka.
FIFA ada garis panduan tersendiri tentang logo pada jersi. Dan dengan terang menyatakan bahawa sebarang logo selain yang dibenarkan atau dibekalkan FIFA adalah tidak boleh ditampal pada jersi.
Namun Harry Kane pernah menyatakan bahawa dia tetap akan memakai lilitan pelangi. Niat Kane itu disokong oleh FA England yang sedia membayar denda.
Tetapi FA England kini mendapat tahu bahawa kapten yang memakai logo pelangi boleh dikenakan kad kuning sebelum menyepak bola sekalipun.
Itu membuatkan mereka mempertimbangkan semula pendirian mereka. Adalah satu kerugian untuk Kane mengutip kad kuning setiap perlawanan dan akhirnya digantung perlawanan.
Akhirnya, England mengumumkan mereka tidak akan memakai lilitan pelangi di Qatar. Begitu juga dengan Wales.
Breaking: England and Wales won’t wear One Love armbands
“we cannot put our players in the situation where they might be booked or even forced to leave the field of play.” pic.twitter.com/6ySojM4Jas
— Rob Harris (@RobHarris) November 21, 2022
Kapten Belanda, Virgil Van Dijk sudah menyatakan sebelum ini dia mahu berbincang semula dengan persatuan bola sepak negaranya, kerana dia tak mahu dikenakan kad kuning sejak minit pertama.