Pemilik pasukan Manchester United, Glazer tak jadi untuk jual kelab tersebut buat masa ini.

Baca Juga:

Daily Mail melaporkan Glazer sedia mengeluarkan Man United daripada senarai jual dan komited untuk terus menjadi pemilik kelab tersebut.

Ini merupakan tamparan hebat buat Sheikh Jassim yang sudah dikatakan berada pada fasa fasa terakhir rundingan untuk menjadi pemilik baharu Man United.

Bulan lalu laporan menyebut Sheikh Jassim akan menjadi pemilik United menjelang Oktober 2023.

Pada November 2022, Glazer mengiklankan Man United untuk dijual. Namun selepas itu proses penjualan kelab itu sangat kontroversi.

Antaranya, Glazer beberapa kali menaikkan nilai harga kelab itu. Daripada £4 billion sehingga ke £6 billion.

Malah ada pembida menarik diri dan mengkritik cara Glazer menjual kelab tersebut dengan menuduh mereka sebagai tidak cukup serius.

Dalam beberapa kes, Glazer malah tidak mengangkat panggilan telefon. Memberikan respon sangat lambat ke atas bidaan rasmi yang dihantar.

Sheikh Jassim telah memintas Sir Jim Ratcliffe sebagai calon pemilik baharu kerana menawarkan harga tertinggi setakt ini, dikatakan melebihi £5 billion.

Malangnya Glazer merasakan nilai £6 billion yang mereka letak terlalu kecil kerana dalam 2 tahun lagi mereka yakin nilai kelab itu akan menjadi £10 billion.

Ini kerana faktor peningkatan hak penyiaran, seterusnya faktor format Piala Dunia Kelab FIFA yang berubah kepada 32 kelab selepas ini.

Selain itu Glazer juga yakin Piala Dunia 2026 yang turut dianjurkan di Amerika Syarikat sebagai hos bersama akan membantu menaikkan nilai pasaran kelab mereka.

Faktor faktor ini membuatkan Glazer tak jadi jual United pada masa ini dan hanya akan mempertimbangkan untuk menjual kelab itu pada 2025 akan datang.

Berita ini kurang disenangi peminat Man United yang benar benar sudah menyampah dengan Glazer dan berharap mereka berambus.

Nick Harris cuba mendapatkan respon daripada Glazer dan broker yang dilantik mengendalikan penjualan kelab, Raine Group. Kedua duanya tidak memberikan sebarang komen setakat ini.