Salah seorang manusia  terkaya di dunia, Elon Musk, dilaporkan kini serius berminat untuk membeli pegangan majoriti dalam Manchester United.

Baca Juga:

Malah dia bersedia untuk mengemukakan bidaan pengambilalihan bernilai £4.5 bilion daripada keluarga Glazer.

Manchester United kini dalam peringkat untuk dijual oleh keluarga Glazer, sama ada secara penuh ataupun sebahagian besar pegangan saham untuk menjadi rakan kongsi baharu.

Perkara itu telah menarik perhatian Elon Musk untuk melabur dalam kelab yang memiliki 20 gelaran Liga Perdana Inggeris itu.

Sebelum ini pada Ogos 2022, Elon Musk pernah menyatakan dia mahu membeli Man United, tetapi dia kemudian menjelaskan itu cuma gurauan.

Kali ini, nadanya berbeza, billionaire Tesla itu benar benar serius mahukan Man United. Dia malah memantau secara rapi perkembangan di Old Trafford berkaitan dengan potensi pembeli kelab itu.

Pihak Glazer sendiri telah meletakkan tarikh akhir kepada bakal pelabur baharu untuk menyerahkan tawaran prospektif pada hari Jumaat ini 17 Februari 2023.

Elon Musk bukannya calon tunggal untuk bidaan tersebut.

Sebelum ini, orang terkaya England, Sir Jim Ratcliffe, secara terbuka menunjukkan minat serius untuk membeli Manchester United daripada Glazers.

Dalam laporan lain menyebut beberapa pelabur Amerika Syarikat dan kumpulan pelabur yang berpangkalan di Qatar juga bersedia untuk membuat bidaan.

Seterusnya, terdapat juga laporan menyatakan konsortium Arab Saudi juga berminat mendapatkan Manchester United. Langkah itu secara terbuka disokong oleh kerabat diraja Saudi baru baru ini.

Beberapa bulan lalu, Glazer akhirnya mengumumkan bahawa kelab itu untuk dibida. Mereka mempertimbangkan tawaran pemilikan tetap ataupun menjadi rakan kongsi utama mereka.

Glazer menyatakan bahawa, perkongsian itu adalah untuk membangunkan semula Manchester United dari segi fasiliti dan juga prestasi di atas padang.

Peminat Manchester United sentiasa mengalu alukan pemilik baharu kelab tersebut terutama sekali orang seperti Elon Musk dikaitkan berminat membeli kelab itu. Ini kerana Musk yang dianggap berfikiran kompetitif.

Ini kerana mereka sudah muak dengan Glazer yang dianggap cuma menjadikan kelab itu lubuk ‘wang mudah’ / easy money untuk mereka.

Elon Musk merupakan billionaire yang pernah menjadi manusia terkaya di dunia mengatasi Jeff Bezos pada 2022. Kini dipercayai berada di kedudukan kedua dalam senarai manusia terkaya di belakang Bernard Arnault.