Ng Tze Yong sekali lagi mengejutkan lawan yang memiliki ranking lebih baik untuk mara ke suku akhir Kejohanan Terbuka Hong Kong 2023, sebentar tadi.
Baca Juga:
- Terbuka China 2023: Aaron Chia-Soh Wooi Yik Tundukkan Juara Dunia Untuk Ke Final
- Terbuka China 2023: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Cipta Sensasi Ke Separuh Akhir
- Terbuka China 2023: Tze Yong Hampa, Tang Jie-Ee Wei & Kian Meng-Pei Jing Ke Suku Akhir
Selepas cemerlang membenam Chou Tien Chen semalam, Tze Yong meneruskan aksi bertenaga dengan menjadikan Kanta Tsuneyama dari Jepun sebagai mangsa seterusnya.
Malah, ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut dilakarkan Tze Yong ke atas lawan sama dimana perrtemuan pertama mereka berlangsung di Terbuka Australia 2023.
Keyakinan tinggi jelas terpancar dalam diri pemain perseorangan kedua negara selepas beliau mendominasi sebahagian besar.
Ia jelas dibuktikan dengan kelebihan 19-10 yang dimiliki bagi membolehkan beliau menang 21-12 pada set pertama dalam tempoh 21 minit.
Momentum baik itu berterusan pada set kedua untuk Tze Yong mengesahkan kemaraannya hasil kemenangan 21-11.
Menanti Ng Tze Yong di suku akhir yang berlangsung esok itu ialah pemenang antara Magnus Johannesen (Denmark) dan Wang Tzu Wei dari Chinese Taipei.
Sementara itu tiga lagi wakil negara turut mara ke suku akhir menerusi Goh Sze Fei-Nur Izzudin, Goh Jin Wei dan Pearly Tan-Teoh Mei Xing.
Sze Fei dan Izzudin menewaskan wakil Chinese Taipei, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 21-13, 21,15 manakala Goh Jin Wei tidak perlu mengerah keringat kerana lawannya, Ratchanok Intanon menarik diri.
Pearly-Thinaah pula melepasi cabaran lawan senegara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing 21-7, 21-10.
Namun, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada Hiroki Midorikawa-Natsu Saito.
Kem negara berpeluang menambah lebih ramai wakil di suku akhir berikutan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan beraksi selepas ini.