Erik Ten Hag sekali lagi salahkan pengadil sebagai punca pasukannya menderita kekalahan 3-1 di tangan Arsenal.

Baca Juga:

Kali ini Ten Hag menggariskan 3 kesilapan besar pengadil dalam aksi antara Arsenal dan Man United. Dan ketiga tiga kesalahan itu memberikan kelebihan buat Arsenal.

Pertamanya insiden ketika pengadil membatalkan gol Alejandro Garnacho selepas VAR mendapati gol itu ofsaid.

Menurut Ten Hag, ianya soal sudut pandangan, dan dia percaya gol itu bersih tanpa ofsaid.

Seterusnya insiden kedua adalah melibatkan Rasmus Hojlund yang dijatuhkan Gabriel Magalhaes dalam kotak penalti dan tiada penalti diberikan kepada Manchester United.

Yang ketiga adalah ketika gol Declan Rice yang meletakkan Arsenal 2-1 di hadapan pada masa kecederaan, selepas gol Garnacho dibatalkan.

Ten Hag yakin gol itu seharusnya dibatalkan kerana Jonny Evans terlebih dahulu dijatuhkan sebelum Rice melakukan rembatan menewaskan Andre Onana.

Dari segi corak permainan, Ten Hag memuji prestasi pasukannya. Cuma banyak pengaruh lain yang tidak berpihak kepada mereka terutama sekali pengadil.

Ten Hag tidak gentar salahkan  pengadil dalam kenyataannya selepas perlawanan.

Dia berkata: “Gol Garnacho itu tidak ofsaid, cuma sudut pandangan yang lain. Kami harus dapat penalti ketika Rasmus Hojlund dijatuhkan namun tak dapat.”

“Jonny Evans dikasari [sebelum gol kedua Declan Rice].”

Manchester United menelan kekalahan kedua mereka musim ini selepas 4 perlawanan. Sebelum ini mereka kalah di tangan Spurs.