Erik ten Hag percaya Antony boleh menjadi seperti Arjen Robben di Manchester United selepas dia menamatkan kemarau gol Liga Perdana Inggeris semalam.
Baca Juga:
- Man United vs Barcelona: Antony Melengkapkan Kebangkitan United
- Gary Neville Kecam Antony Sebagai Mengecewakan Untuk Harga €100 Juta
- Antony Kongsi Kisah Hidupnya: “Kami Miskin Dan Berjiran Dengan Pengedar Dadah”
Antony meraih gol liga pertamanya sejak 9 Oktober dalam kemenangan 2-0 di Nottingham Forest, di mana pemain Brazil itu turut mencipta assist pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris untuk gol kemenangan Diogo Dalot pada minit ke-76.
Pemain berusia 22 tahun itu kini telah menjaringkan lapan gol untuk United pada musim sulungnya, setelah tiba dalam perjanjian £85.51 juta dari Ajax pada hari tarikh akhir perpindahan pada September.
Ten Hag telah membandingkan Antony dengan Robben, seorang pemain sayap kanan berkaki kiri yang terkenal kerana memotong ke bahagian dalam kaki kirinya untuk melakukan rembatan lencong.
Gaya ikonik itu menjadi cap dagang dalam karier yang cemerlang dan banya memenangi piala bersama Chelsea, Real Madrid dan Bayern Munich.
Arjen Robben, yang menolak tawaran Manchester United dan menyertai Chelsea pada 2004. Robben turut membantu Belanda mara ke final Piala Dunia 2010 dan separuh akhir Piala Dunia 2014.
Rakan senegaranya, Ten Hag, menyamakan Antony dengan Robben.
“Pada permulaannya, dia mempunyai satu atau dua saat di mana dia sepatutnya diserahkan kepada Christian Eriksen,” Ten Hag menjelaskan.
“Ia sangat penting dalam bola sepak peringkat teratas, masa, detik yang sesuai untuk menghantar hantaran adalah mustahak, ia memberikan setiap impak, ia membuat perbezaan antara gol dan tiada gol.”
“Gol yang dia buat, dia berada di tempat yang betul, pada saat yang tepat untuk mendapatkan lantunan.”
“Gol kedua adalah gol berpasukan yang hebat, bagaimana kami membinanya, cara Antony melakukannya untuk membawa hantaran dan dengan betul. Masa tepat untuk melakukan hantaran, dan pergerakan daripada Diogo adalah hebat. Ia bagus untuk dilihat.”
“Dia [Antony] tahu, saya juga tahu, apabila anda seorang penyerang, anda memerlukan produk akhir.”
“Tetapi dia sudah mempunyai banyak produk akhir.”
“Dia menjaringkan gol dalam semua pertandingan sekarang, lapan gol, tahun pertama di United bukanlah sesuatu yang buruk dan masih ada beberapa lagi perlawanan untuk dimainkan.”
“Tetapi dia perlu melakukannya [lebih kerap], saya tidak boleh katakan dalam setiap perlawanan, tetapi banyak perlawanan jika anda mahu menjadi pemain kelas atas dan terutamanya dalam semua pertandingan.”
“Dalam Liga Perdana Inggeris, terdapat rama pemain pertahanan yang berkualiti dan anda perlu bertindak pada tahap yang sangat tinggi.”
“Ia banyak berkaitan dengan pengimbasan, membuat keputusan yang betul.”
“Hanya ada detik yang sedikit sahaja di mana anda perlu membuat keputusan itu.”
“Dia perlu meningkatkannya. Hari ini adalah contoh di mana, dengan kedua-dua gol, dia membuat keputusan yang tepat.”
Erik Ten Hag kemudian melihat ciri ciri Arjen Robben dalam diri Antony dari segi kemahiran cut inside beliau.
Ten Hag’s latest appraisal of Antony was his most glowing #mufc https://t.co/owrgV0OLRP
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) April 17, 2023
“Pertama, saya tahu dia juga boleh menggunakan (kaki) kanannya, dia perlu melakukannya lebih banyak lagi.”
“Tetapi yang kedua, saya rasa dalam seminggu (menentang Sevilla), dia juga boleh pergi ke luar.”
“Dia [Antony] sangat bagus di sebelah dalam, jadi saya nampak banyak ciri ciri Arjen Robben.”
“Arjen Robben, mereka katakan dia cuma ada 1 helah sahaja, namun helah itu sangat hebat dan tidak ada seorang pun dapat menghentikannya.”
“Jika kamu dapat melakukannya di kedua dua bahagian, kamu akan memiliki lebih variasi.”
Ten Hag on Antony: 'He is so good on the inside. So I've seen for instance Arjen Robben a lot. They say he has only one trick but that one trick was so brilliant no one can stop it.' #mufc
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) April 16, 2023