Erik Ten Hag menyatakan bahawa dia perlukan penyerang baharu untuk dibawa masuk ke dalam pasukan Manchester United.

Baca Juga:

Ini selepas Red Devils menamatkan kontrak Cristiano Ronaldo beberapa minggu lalu selepas wawancara kontroversi dengan Piers Morgan.

Di mana, Ronaldo bukan sahaja mengutuk kelabnya sendiri pada masa itu, malah turut menyatakan dia tak akan hormat kepada Ten Hag lagi.

Salah seorang pemain yang dikehendaki Erik Ten Hag, Cody Gakpo rasminya akan menyertai Liverpool.

Cody Gakpo sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia dimaklumkan oleh kelab bahawa Manchester United sudah memulakan usaha mendapatkannya pada musim panas lalu.

Namun usaha itu terhenti, yang mana, Cody Gakpo sendiri tidak pasti apa sebabnya. Gakpo menyatakan dia benar benar berminta menyertai Man United.

Situasinya kini berubah. Liverpool sudah menandatangani Cody Gakpo bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Luis Diaz yang masih cedera.

Bermakna, Man United akan mengalihkan perhatian mereka kepada beberapa sasaran lain lagi.

Dipetik daripada sumber Fabrizio Romano, Ten Hag menegaskan dia mahukan penyerang baharu. Kerana sifirnya mudah, merek sudah kehilangan penyerang, maka Ten Hag mahu penyerang baharu pula dibawa masuk.

Ten Hag berkata: “Kita kehilangan penyerang jadi kita perlukan penyerang dibawa masuk.”

“Namun penyerang itu haruslah orang yang tepat yang bole membawa kualiti ke dalam pasukan, bukannya sekadar nak menambah jumlah pemain dalam skuad.”

“Kriteria di sini adalah tinggi di Manchester United.”

Manchester United akan aktif memburu pemain baharu pada jendela perpindahan pertengahan musim.

Man United kini memiliki Anthony Martial dan Marcus Rashford sebagai peledak gol utama mereka.

Pemain muda Argentina, Garnacho juga kerap diberikan peluang untuk menyerlahkan dirinya.