Erik Ten Hag memuji Alejandro Garnacho sebagai pemain yang berani ataupun hati kering.
Baca Juga:
- Kedah vs Terengganu: Peminat Terhibur Dengan Pengulas, ‘Tak Nampak Lagi Import Dari Goheadgostan’
- Theerathon Bunmathan: Saya Mahu VAR Digunakan Dalam Saingan Piala AFF
- KL City vs JDT: Bas Penyokong Johor Darul Ta’zim Dibaling Batu
Ianya dianggap elemen yang membantu Garnacho mengorak satu lagi langkah dalam perkembangannya.
Ini selepas pemain berusia 18 tahun itu memberi inspirasi kepada Manchester United untuk mencatat kemenangan lewat menentang West Ham dalam Piala FA.
Tiga hari selepas memenangi perlawanan akhir Piala Carabao menentang Newcastle di Wembley, Red Devils menumpukan semula perhatian pada pertembungan pusingan kelima yang kelihatan bakal terlepas daripada jangkauan mereka.
Said Benrahma meletakkan West Ham mendahului tetapi malam mereka menurun dengan pantas dari minit ke-77 dan seterusnya.
Gol sendiri Nayef Aguerd menyamakan kedudukan United dan Fred melengkapkan kemenangan 3-1 pada masa kecederaan selepas Garnacho mengubah kedudukan dengan jaringan cantiknya pada minit ke-90.
“Saya melihat hari ini satu lagi langkah lagi dia ambil,” kata pengurus Ten Hag mengenai remaja itu.
“Saya memberitahunya sebelum perlawanan ‘sudah tiba masanya anda memberi impak apabila anda masuk, tetapi kini anda perlu memberi impak sebagai permulaan’.”
“Saya rasa dia mampu melakukannya jadi itu adalah langkah seterusnya yang perlu dia ambil.”
Ten Hag memuji Garnacho sebagai pemain hati kering dan tidak pernah gentar berdepan dengan lawannya.
“Itu [tidak takut] adalah salah satu kemahirannya. Tetapi pastinya ia adalah kemahiran yang hebat apabila anda memiliki rasa tidak takut, apabila anda berani.”
“Dia antara pemain yang saya rasa mempunyai kemahiran yang begitu spesifik.”
“Tidak begitu ramai pemain dalam bola sepak dunia yang boleh menewaskan pemain lawan, yang mampu hanya menyerang pemain dan mengelecek mereka.”
“Tetapi dia mempunyai lebih banyak kemahiran daripada itu, contohnya, penyudah.”
“Saya lihat dia juga mempunyai enjin yang besar. Dia pantas dan mempunyai kelajuan, tetapi dia boleh terus berlari selama 90 minit atau 120 minit.”
Garnacho dinamakan man of the match kerana impaknya pada permulaan kesepuluhnya sebagai pemain United.