Portal bola sepak terkenal Thailand, SiamSport dalam satu artikel terkini yang melaporkan bahawa penyerang skuad kebangsaan mereka yang kini beraksi untuk Shimizu S Pulse akan menyertai kelab BG Pathum United.

Menurut artikel itu lagi, BG Pathum United dikatakan membayar THB24 juta atau sekitar RM3.2 juta untuk membawa pulang Teerasil Dangda dengan kontrak 3.5 tahun selepas kontrak pemain itu tamat pada 31 Januari 2021.

Mungkin prestasi yang dipamerkan oleh Teerasil Dangda bersama Shimizu S Pulse tidak memuaskan dan itu mungkin faktor utama pertimbangan untuk kembali ke saingan domestik Thailand yang mungkin lebih memerlukan khidmatnya.

Apa yang jelas disini adalah, BG Pathum United mahu memperkasakan lagi skuad mereka untuk persediaan beraksi dalam saingan AFC Champions League 2021, apabila mereka kini berada cukup selesa dipersada liga yang menjanjikan slot tersebut.

Thai League memiliki 2 slot automatik ke saingan peringkat kumpulan AFC Champions League dan 2 lagi slot adalah ke peringkat kelayakan play-off.

120973413_1515262342195648_320889136242953258_o

Berbaki 7 perlawanan lagi sebelum separuh pertama Thai League berlangsung, BG Pathum United dilihat selesa untuk mengekalkan kedudukan teratas seterusnya menyambar slot automatik peringkat kumpulan AFC Champions League 2021.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”

Graduan Kejuruteraan Universiti Teknologi Kenya Ini ‘Steady’ Sumbat 21 Gol Dalam J1 League 2020 Ketika Liga Berbaki 13 Perlawanan

Luqman Hakim Tersenarai Dalam Skuad Utama KV Kortrijk Berdepan RWD Molenbeek