Mungkin tidak ramai mengenali nama Micheal Olunga, penyerang skuad kebangsaan Kenya yang kini beraksi cukup mantap untuk kelab Kashiwa Reysol dalam saingan J1 League 2020.
Ketika saingan J1 League baru sahaja tamat 21 perlawanan, Micheal Olunga sudah pun menjaringkan 21 gol setakat ini dan apa yang lebih menarik adalah pencabar terdekatnya ketika ini adalah Everaldo dari Kashima Antlers dengan hanya 12 gol dijaringkan.
Perbezaan 9 gol dengan baki 13 perlawanan ini membuka ruang yang lebih luas untuk Olunga merangkul anugerah kasut emas musim 2020 ini dalam saingan bola sepak divisyen tertinggi Jepun itu.
Musim lalu, beliau juga turut memainkan peranan penting kepada pasukan Kashiwa Reysol apabila merekodkan 27 gol untuk membawa kelabnya layak ke saingan J1 League, namun gagal memiliki anugerah kasut emas apabila sekadar mampu berada ditempat ke-2.
Momentum yang dimiliki oleh Micheal Olunga ini jika mampu diteruskan sehingga tamat musim 2020 ini dilihat mampu mencabar rekod jaringan terbanyak semusim yang ketika ini dipegang oleh Masashi ‘Gon’ Nakayama dengan 36 gol dijaringkan pada musim 1998 bersama Jubilo Iwata.
Menurut laman web Tukeya dalam sebuah artikel yang diterbitkan 5 tahun lalu, Olunga merupakan seorang graduan jurusan kejuruteraan Universiti Teknologi Kenya.
“Ibu bapa saya tidak bersetuju saya bermain bola sepak secara profesional kerana mahu saya fokus kepada pembelajaran. Saya pilih untuk lakukan kedua-duanya serentak.”
“Saya gembira melakukan kedua-duanya dan saya ‘berhutang’ kepada ibu bapa saya untuk memberikan keputusan akademik terbaik.
“Saya mahu menamatkan jurusan kejuruteraan dan menjadi jurutera serta beraksi dengan pasukan dalam liga terbaik dunia seperti Liga Perdana Inggeris atau La Liga.”
Nota: Olunga berjaya melakukan debut dalam saingan La Liga pada 13 Januari 2018 bersama Girona FC ketika berdepan Las Palmas dan menjaringkan hatrik!
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Kelantan Sahkan Tempat Ke Piala Malaysia, Impak Segera Selepas Bertukar Pengurusan?
Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”